Anita Sarawak setelah mahu pencen menyanyi dan berlakon diduga sedang berhijrah ke arah kebaikan secara keseluruhan. Tahniah kepada beliau dari Weblog Ibnu Hasyim. Alhamdulillah.
Hal ini diketahui apabila Kosmo!Online membongkar misteri kehilangan penghibur tersohor itu, selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Adik Anita yang juga pelakon, Noorkumalasari Mohamed Taib, 59, mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara daripada dunia hiburan.
Malah, Noorkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah seperti yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Perkahwinan Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001.
Artis terkenal era 70-80an, Noorkumalasari dilihat juga tidak mahu menyanyi/berlakon lagi ... gambar diangkat dari blog Budak Sri Kinta.
“Saya ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita perceraiannya dengan Mahathir.
“Anita berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia bersama suaminya di Las Vegas.
“Dia juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu.
Noorkumalasari yang sebelum ini mengunci mulut daripada berkongsi kisah mengenai Anita turut memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama Mahathir.
"Jazakillahu Khairan Kathira!" Ucap editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim kepada Anita. Ertinya, "Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang berlimpah."
(IH)
Video: Noorkumalasari : Kita Berubah kerana Allah - 8/12/2012
Ibnuhasyim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan