SPECIAL ADS

13 Mac 2015

Blog Dr M digantung, artikel 1MDB gagal dibaca

Blog popular milik Tun Dr Mahathir Mohamad kini digantung, beberapa jam selepas satu artikelnya mengkritik keras pentadbiran perdana menteri dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apabila cuba diakses, tertera perkataan "this account has been suspended" atau "akaun blog ini telah digantung". Puncanya masih belum dapat dipastikan.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi pegawai Dr Mahathir berhubung masalah ini buat masa ini.

Perkara ini mula disedari menjelang jam 4.30 petang apabila semakan Malaysiakinimendapati blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.

Dr Mahathir, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, menggesa siasatan forensik polis terhadap 1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan datang akibat masalah syarikat pelaburan tersebut.

Tulisan panjang itu bagaimanapun telah beredar secara meluas di Internet. MK

Tiada ulasan: