SPECIAL ADS

6 Mac 2015

The Economist : Usaha singkir Najib lebih awal daripada jangkaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist, hari ini.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2015.
Datuk Seri Najib Razak yang sedang dirundung masalah mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist hari ini.
Penentang beliau dalam Umno mungkin akan berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan masalah besar dihadapi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan idea perdana menteri 6 tahun lalu.
Mengambil maklum yang Najib ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil sejak pilihan raya umum (PRU) lepas, akhbar Britain itu berkata, hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion menjadikan Najib sasaran mudah.
Tetapi walaupun pembangkang bertali arus menyerangnya berhubung isu 1MDB, akhbar itu berkata, Najib mungkin lebih bimbang tentang kritikan yang diterima dari dalam Umno, terutamanya puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.THE 
The Economist menggambarkan Dr Mahathir sebagai "bekas perdana menteri yang campur tangan dan gatal mahu Najib berundur" dan beliau selama ini merupakan salah seorang paling lantang mengkritik 1MDB.
Memburukkan lagi masalah itu, pada Januari, sokongan terhadap Najib jatuh ke paras rendah yang baharu pada 44%.
Kejatuhan itu akan mempercepatkan gerakan untuk menukar kepimpinan di kalangan penentang Najib dalam parti yang mungkin selama setahun ini menunggu mendapatkan lebih banyak sokongan, katanya.
Mendedahkan masalah 1MDB, akhbar itu berkata, kesusahan yang dihadapi syarikat itu dalam melangsaikan hutangnya berjumlah lebih RM42 bilion, terutamanya RM2 bilion yang sepatutnya diselesaikan pada akhir Januari, membuatkan rakyat Malaysia ingin tahu bagaimana dana itu membelanjakan wangnya.
Akhbar itu memetik laman web Sarawak Report, yang bulan lepas mengeluarkan e-mel yang menumpukan kepada perkongsian antara dana itu dan syarikat minyak antarabangsa PetroSaudi pada 2009.
Katanya, jika maklumat itu tulen, ia menekankan mengenai peranan penting dimainkan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam mengadakan perjanjian itu. 
Low didakwa menyalurkan AS$700 juta selepas menjadi orang tengah dalam perjanjian 1MDB-PetroSaudi itu.
Akhbar itu berkata, kekecohan yang timbul berhubung dana itu "tidak membantu" Putrajaya, mengambil maklum kedudukan Najib di dalam dan luar negara bergantung sebahagiannya terhadap reputasinya sebagai penjaga wang negara berwibawa, kerana beliau juga ialah menteri kewangan.
Walaupun kerajaan menegaskan Najib tidak terlibat dalam operasi harian 1MDB, beliau masih pengerusi lembaga penasihatnya.
Oleh itu, penganalisis bimbang 1MDB boleh menurunkan lagi nilai mata wang ringgit dan kedudukan kredit negara ini. TMI

Tiada ulasan: