SPECIAL ADS

13 Mac 2015

Menteri wajar pecat diri sendiri


Bekas tentera udara Mejar Zaidi Ahmad mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya meletakkan jawatan kerana didakwa cuai mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370.

Zaidi turut mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) supaya memantau ruang udara Butterworth dan Gong Kedak yang dipercayai dilalui oleh pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.


Malah, beliau turut mengkritik tindakan Naib Presiden Umno itu yang hanya mengetahui kehilangan MH370 daripada media sosial.

"Saya cabar menteri pertahanan pecat diri sendiri kerana lalai dalam tugas sehingga MH370 hilang dan jet-jet pejuang TUDM tidak ada satu pun yang dikerah ke udara walaupun MH370 dilaporkan terbang melintasi ruang udara TUDM Butterworth.

"Masa MH370 dan MH17, dia (Hishammuddin) bukan setakat menteri pertahanan, tetapi juga pemangku menteri pengangkutan. Paling memalukan apabila dia mengaku pada media bahawa dia hanya tahu tentang MH370 hilang melalui media sosial.

"Ini sesuatu yang tak dapat diterima kerana sebagai menteri pertahanan, beliau sepatutnya tahu dulu apa-apa hal berkaitan isu keselamatan.

“Ini menunjukkan beliau seorang menteri yang lalai, cuai, tidak cekap dalam isu MH370. Tidur dalam tugas," kata bekas tentera udara itu kepada Malaysiakini.

Zaidi, 45, dipecat pada 12 Januari lalu kerana memberi kenyataan media tanpa izin pegawai atasannya berhubung isu dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). MK

Tiada ulasan: