
Exco Selangor bersedia mengisytihar harta mereka pada bila-bila masa seperti yang dilakukan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, semalam.
Mereka juga meminta kepimpinan Umno mencontohi Kerajaan Selangor yang sentiasa bersedia mengisytihar harta tanpa perlu melindungi sebarang bentuk kepentingan peribadi.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya tiada masalah berhubung perkara itu, bahkan pernah dilakukannya sejak menggalas jawatan Exco, bermula 2008.

“Sebaliknya, mereka (Umno) yang perlu mulakan. Jangan suruh perkara yang mereka sendiri teragak-agak untuk lakukan kerana itu amat memalukan,” katanya kepada Selangor Kini.
Semalam, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau berikrar akan memastikan seluruh barisan Exco negeri itu mengisytiharkan harta mereka seperti yang dilakukan Rafizi atas kapasiti individu.
“Ia akan dilaksanakan kerana sudah menjadi dasar kami sejak 2008,” katanya di Parlimen, semalam.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Umno perlu berasa malu kerana PR sudah lama melaksanakan pengisytiharaan harta.
“Ini adalah bukti Kerajaan Selangor telus. Sudah tentu kami sebagai Exco tiada masalah dan bersedia untuk itu seperti yang dicadangkan Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan