SPECIAL ADS

20 Jun 2013

Nadzri digugur dari pasukan petugas EAIC


Kuala Lumpur 20 Jun : Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai yang dipertikaikan penyertaannya dalam pasukan petugas yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis, tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas pasukan itu.

Berikut pendirian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melalui kenyataan pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof hari ini.

"Suruhanjaya integriti berpendirian Encik Mohd Nadzri Ibrahim tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas berkaitan pasukan petugas.

"Beliau akan terus menjalankan tugas-tugas lain yang dihadapi Suruhanjaya Integriti," kata Heliliah (kiri).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Jun lalu mengesyorkan EAIC supayamenggugurkan Mohd Nadzri daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan itu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menjelaskan, mereka tidak mahu pegawainya dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.

Sehari sebelum itu, dua anggota Parlimen Pakatan dari Pulau Pinangmempertikaikan penglibatan Mohd Nadzri dalam pasukan petugas itu kerana beliau pernah terlibat menyoal siasat mendiang Teoh Beng Hock yang mati pada 2009.

Tindakan itu, kata mereka akan menyebabkan integriti EAIC dicurigai khalayak.

Tiada ulasan: