SPECIAL ADS

27 April 2014

Misteri MH370 : Bunga-Bunga Larangan (Episod ke-11)

Sebelum ini, sudah saya jelaskan bahawa golongan yang menganggap kehilangan pesawat MH370 adalah suatu misteri - cenderung menjadikan kisah "Eksperimen Philadelphia" sebagai asas yang menyokong kiasan mereka, bahawa MH370 juga mungkin mengalami nasib yang sama dengan eksperimen tersebut.

Ia bukanlah sesuatu yang mustahil - bahkan sejarah turut membuktikan, terdapat begitu banyak eksperimen misteri dan rahsia yang telah dilakukan oleh AS dengan kerjasama Israel. Semua adalah disebabkan dorongan nafsu untuk menguasai dan merajai inovasi dunia. Beberapa tahun selepas Projek Rainbow yang menghasilkan "Eksperimen Philadelphia" ditutup - sekali lagi, "mereka" yang mempunyai wang dan saintis yang sanggup dibayar dengan harga yang tinggi, telah membuka fail baharu yang dikenali sebagai "Projek Phoenix"
.



Lockheed A-12.  Sekitar tahun 1947, mereka telah membuat keputusan untuk membuat kajian sambungan terhadap kisah eksperimen Philadelphia. Kali ini, kajian tersebut telah dipindahkan ke Brookhaven National Laboratories bersama Dr. John Neumann dan orang-orangnya. Hasil daripada kajian dalam Projek Phoenix ini ialah penemuan kepada Stealth Technology (teknologi halimunan) yang bertujuan mengurangkan kesan rada ke atas kapal perang dan pesawat tempur AS. Pada tahun 1957 dan 1958, sepuluh tahun selepas projek tersebut dijalankan, satu percubaan telah dilakukan ke atas kapal pengintip AS, Lockheed U-2 yang dilengkapi dan direka khas dengan teknologi Stealth bagi mengelakkan ia dikesan oleh rada Kesatuan Soviet - namun percubaan tersebut masih gagal, malah pada Mei 1960 sebuah pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh tentera Soviet. 

Lockheed SR-71 Blackbird. Namun demikian, ia tidak pernah berhenti di situ, kerana sains sering memberi kita penemuan yang mengagumkan. Sekali lagi mereka melakukan ujikaji melalui Projek Phoenix II bermula pada tahun 1959. Setahun kemudian, mereka berjaya menghasilkan pesawat peninjau Lockheed A-12 yang lebih canggih daripada U-2. Empat tahun kemudian, AS telah pun berjaya mencapai kemajuan dalam teknologi stealth dengan terbinanya Lockheed SR-71 Blackbird, sebuah pesawat peninjau tercanggih dengan kuasa supersonik dan mampu mencapai ketinggian 85,000 kaki. SR-71 telah banyak dilakukan ubahsuai dengan kemunculan beberapa versi yang lebih maju. SR-71 digunakan oleh CIA dan tentera AS dalam banyak siri peperangan dan operasi pengintipan. Ia bukan hanya tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan kelajuannya juga sangat mengagumkan. Penerbangan terakhir yang direkod bagi pesawat SR-71 adalah pada tahun 1999 sebelum munculnya pesawat pengebom halimunan paling popular Tentera Udara AS yang dikenali sebagai B-2 Spirit, sebuah pesawat yang kalis rada, kepantasannya yang luar biasa, pergerakannya yang sangat senyap, mampu membawa bom nuklear, boleh berada pada paras yang sangat tinggi serta mampu bertahan berjam-jam di udara.

B-2 Spirit. Pada bulan Oktober 2005, Noshir Gowadia, seorang jurutera reka bentuk yang bekerja pada sistem pendorongan B-2, telah ditangkap kerana menjual maklumat B-2 ke negara-negara asing. Pada 9 Ogos 2010, Gowadia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 32 tahun penjara. Sejak itu, teknologi halimunan ini sangat dikehendaki oleh pasaran gelap. Kos bagi membina sebuah pesawat B-2 mencecah lebih daripada 2 billion. B-2 ditambahbaik dari setahun ke setahun, walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana faktor kosnya - namun demikian seperti yang saya nyatakan di atas, sains seringkali menjadikan manusia sentiasa teruja dan bernafsu besar. Dan akhirnya, pada tahun 2012, Pentagon membuat satu penilaian bagi membangunkan B-2 versi generasi baharu tanpa pemandu. Dikhabarkan AS sedangkan membangunkan secara agresif pesawat peninjau termaju dalam versi baharu B-2 yang dikenali sebagai "Aurora" yang mempunyai kelajuan hipersonik - namun seperti biasa ia segera dinafikan oleh AS.

Pesawat Halimunan Aurora. Kisah projek pesawat halimunan Aurora berteknologi tinggi sudah lama diperdebatkan. Ia adalah nama yang muncul dalam dokumen perolehan di dalam bajet tahunan AS 1985 yang dianggarkan menerima 80 juta pada tahun tersebut dan meningkat berkali ganda menjadi 2.2 billion pada tahun berikutnya. Bajet itu ditulis dengan sangat ringkas - hanya dengan perkataan "Aurora" dan sebaris dengan peruntukan untuk pesawat peninjau TR-1. Maka ramai yang mempercayai bahawa ia merupakan satu projek khas bagi menggantikan pesawat SR-71. Namun demikian, ia segera dinafikan oleh pihak Tentera Udara AS dengan mengatakan bahawa belanjawan tersebut hanyalah semata-mata untuk pesawat B-2 Spirit. Walau bagaimana pun, pandangan umum lebih menyakini bahawa, "Aurora" adalah projek khas Tentera Udara AS bagi membina sebuah pesawat generasi baharu paling moden untuk pelbagai kegunaan. Hal ini berpunca apabila dalam bajet tahun 1987 tidak lagi tertera perkataan "Aurora" - perkataan tersebut telah dipadamkan. Namun demikian, menurut sumber terdekat projek "Aurora" tetap diteruskan dengan peruntukan kewangan daripada sumber yang tidak dikenali. Hal ini terdedah apabila didapati Tentera Udara AS mampu membiayai dan membina pesawat-pesawat canggihnya yang lain dengan peruntukan bajet yang sebenarnya tidak mencukupi.

Ramai yang beranggapan bahawa - pembiayaan bagi projek-projek khas di bawah CIA dan Tentera Udara AS kesemuanya telah dibiayai daripada sumber akuan luar yang sangat kabur dan sukar dikenalpasti. "Mereka" ini sangat bijak dalam penyamaran dan memanipulasi transaksi kewangan serta perakuanan sehingga tidak dapat dihidu oleh pihak perbendaharaan AS. Hakikatnya, kerajaan AS secara dasarnya tidak memiliki wang yang banyak untuk membina dan menyelenggara projek-projek khas atau "aktiviti terpilih" yang menelan belanja berbilion dolar itu - duit cukai daripada rakyat AS tidak mampu menampung kos penyelidikan dan operasinya - apatah lagi jika mengharapkan bajet tahunan yang diberikan kepada tentera udaranya - jauh lebih kurang daripada mencukupi. Lantaran itu, dari manakah Tentera Udara dan Laut AS menerima dana yang begitu banyak bagi menjayakan projek-projek khas mereka? Beberapa saintis yang pernah terlibat dengan projek-projek khas Tentera Laut AS telah mendakwa - kebanyakan projek khas ini dibiayai oleh individu yang sangat kaya dan berpengaruh, identitinya tidak diketahui - wang disalurkan melalui syarikat atau organisasi bagi mengaburi mata pelbagai pihak, dan mereka menggelarkannya sebagai "bajet hitam".

Hal ini tidak mustahil, jika kita melihat AS sudah begitu banyak mengalami kerugian akibat peperangan - tetapi negara tersebut masih boleh maju dan tidak terbantut daripada menyediakan peruntukan kepada ketenteraannya setiap tahun - baik dari aspek penyelidikan, mahupun operasinya.Cukai dan duit rakyat tidak digunakan secara langsung untuk melaksanakan projek-projek khas tentera AS, barangkali mungkin sebab itu rakyat AS tidak berapa sensitif dalam isu ini. Oleh kerana projek-projek khas tentera laut dan udara dibiayai oleh individu/organisasi tertentu - maka secara tidak langsung "mereka" lah yang sebenarnya pemilik kepada Angkatan Tentera Udara dan Laut AS atau dengan kata lain - "industri"lah yang mempunyai kawalan dan kuasa menyeluruh terhadap dua sayap penting angkatan tentera AS tersebut.

Ruang Based Inframerah Sistem Geosegerak (SBIRS) Satelit tentera AS di orbit. 


Sejauh ini - kita telah melihat minat "mereka" sangat konsisten terhadap ilmu. inovasi dan sains angkasa. Sejak tahun 30-an mereka telah melaksanakan pelbagai projek rahsia, yang kadangkala diluar imaginasi kita semua. Apakah dengan segala teknologi dan kecanggihan ilmu yang dimiliki oleh AS dalam industri berkaitan teknologi satelit dan pesawat memungkin mereka "membisu" berhubung kehilangan MH370? Sehingga kini, syarikat yang membina pesawat MH370, iaitu Boieng, tidak memberi apa-apa komen yang memberangsangkan atau sekurang-kurangnya memberi pencerahan terhadap apakah yang sebenarnya yang telah "melarikan" pesawat tersebut ke tengah Lautan Hindi. Apakah salah jika kita membuat sangkaan buruk bahawa kemungkin besar MH370 terlibat dalam eksperimen khas yang sedang dilakukan oleh Tentera Udara AS-Israel dengan sokongan Boeing bagi menguji "senjata halimunan" bagi meninjau sejauh mana benteng ketahanan dan kekuatan ketenteraan China?

Tun Dr. Mahathir dalam blognya - secara terang-terang menyalahkan Boeing. Syarikat yang menurut beliau perlu menjawab dan bertanggungjawab ke atas kehilangan MH370. Tun Mahathir bersuara dengan lantang dalam hal ini dengan berkata,

W. James McNerney, Jr.- CEO Boeing. "Mengapakah Boeing membina pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA.Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan, jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

"Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga) Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya."

Menurut Tun Mahathir lagi, Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identiti manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing).

Tun Mahathir menyambung dengan berkata, " Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

"Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh? Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun? Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

Dan akhir sekali, Tun Mahathir secara terbuka menyalah syarikat Boeing yang sebenar tahu apakah yang berlaku ke atas MH370, kata beliau, "Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. Siapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

Maka, tidak mustahil - "mereka" yang selama ini telah menyalur dana kepada Boeing bagi membiayai projek khas telah menggunakan Tentera Udara AS sebagai kambing hitam bagi menguji hasil projek misteri ini. Seperti yang saya dedahkan sebelum ini, bahawa - CIA tidak bukan perancangnya, Obama juga tidak tahu - tetapi ia adalah permainan dalam kalangan "industri" dan pemilik modal yang sedang menunggu hasil pelaburannya.

Ikuti sambungan siri ini dalam judul yang akan datang - Misteri MH370 : Hamba Abdi Baru! (Episod ke-12)

Azli Shukri Today

Tiada ulasan: