"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.
"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.
"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain," kata beliau semasa sesi pertemuan dewan dengan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Malaya hari ini.
Obama dalam menjawab soalan dari wakil Myanmar yang meminta nasihat beliau mengenai bagaimana cara pemimpin muda menangani masalah kepelbagaian masyarakat dalam rantau Asean.
Obama yang menjadi presiden keturunan Afrika pertama AS berulang kali menitik beratkan soal kepentingan untuk memberi peluang sama tanpa kira latar belakang.
"Jika kita lihat antara punca terbesar konflik, penderitaan dan peperangan di seluruh dunia, salah satunya – jika bukan punca paling penting – adalah kerana layanan berbeza terhadap masyarakat yang lain.
"Untuk berjaya, anda perlu ada toleransi kepada mereka yang berbeza dengan anda. Baik dari segi keturunan, agama, bangsa dan orientasi seksual," kata beliau.
Sebagai satu rantau negara, Asia Tenggara merupakan kuasa ekonomi ketujuh terbesar di dunia dan rakan niaga keempat terbesar AS dan penting kestabilan jangka panjang, kata Obama.
"Amerika tidak boleh memaksa masa depan sedemikian di rantau ini, sebaliknya ia perlu dibina bersama," kata beliau yang meluangkan masa hampir dua jam berucap dan melayan soalan dari belia yang dipilih dari 10 negara Asean ini. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan