Dunia masih meratapi kehilangan misteri pesawat MH370. Kehilangan misteri MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada industri penerbangan dan industri pelancongan.
Dalam kesedihan kehilangan MH370, Malaysia dikejutkan dengan kematian tragis YB Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara.
Aku jangkakan senario politik Malaysia akan berubah dengan kehilangan Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Harimau Jelutong. Karpal bukan sahaja seorang peguam yang terkenal malah seorang ahli politik yang sangat berprinsip.
Beliau tidak takut kepada sesiapa sehingga berani meminta DS Anwar Ibrahim bertaubat ketika Anwar menghadapi kes liwat dan kemudian mengetuai barisan peguam yang mempertahankan DS Anwar untuk kes liwat Saiful Bahari.
Rakyat berhutang budi kepada mendiang Karpal kerana dengan ketegasannya sebagai pemimpin politik DAP telah meyebabkan berbagai perubahan dalam negara.
Kehilangan Karpal pasti sangat dirasai oleh kepimpinan Pakatan Rakyat terutama DS Anwar Ibrahim yang sedang menunggu rayuan hukuman penjara lima tahun. Seandainya DS Anwar tewas dalam rayuan pasti ianya akan menambah kesan yang lebih besar kepada suasana politik Malaysia setelah ketiadaan Karpal.
Bezanya Karpal tidak pernah mempunyai masalah salah laku menyebabkan dia sangat dihormati kawan dan lawan. Paling aku tabik cara Karpal berpolitik tidak pernah menyusahkan rakyat dengan berdemostrasi dan rusuhan tapi menggunakan cara berwibawa untuk reformasi sehingga mempengaruhi Kerajaan.
Bukan mudah mencari ganti pemimpin politik yang cekal dan sabar mengharungi berbagai kesusahan politik yang mereka hadapi.
#Jadual Lawatan Presiden Barack Obama ke Asia
23 April : Jepun
25 April : Korea Selatan
26 April : Malaysia
28 April : Filipina
Setelah kehilangan Karpal Singh, Malaysia akan menerima lawatan Presiden Barrack Obama pada pertengahan bulan April. Ini adalah kali pertama seorang Presiden Amerika melawat Malaysia dengan berbagai agenda penting untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika.
Pejabat Presiden Barrack Obama telah memaklumkan bahawa Obama tidak akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi pegawai bawahan mungkin. Tarikh lawatan Obama ke Malaysia masih dirahsiakan tetapi seperti analisa Blogger Brado Kapak macam-macam spekulasi sedang bermain di sosial media.
Lawatan pertama Presiden Amerika ke Malaysia pasti akan mempengaruhi suasana politik Malaysia kerana Amerika tidak akan datang kesesebuah negara hanya untuk ekonomi. Lawatan Obama ke Malaysia pasti telah dirancang untuk satu perancangan yang besar lebih besar dari kehilangnya misteri MH370 dari mata manusia.
Apa tujuan lawatan Barrack Obama ke Malaysia?
” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.” - surah Al-Imran, 26.
“Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“ - surah Al-Baqarah, 107
ALLAH tidak akan jadikan kehilangan MH370, kematian tragis Karpal Singh dan lawatan Presiden Barrack Obama tanpa sebab. Semuanya bakal mengubah suasana politik Malaysia dan semuga ianya membawa kebaikan kepada Rakyat.
Ada spekulasi yang mengaitkan kehilangan MH370 dan lawatan Presiden Amerika ke Malaysia dengan akhir zaman. Siapalah aku yang boleh mengulas spekulasi tetapi yang paling penting berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih dekat kepada-NYA kerana aku yakin kita boleh berpolitik sehebat mana tetapi akhirnya ALLAH sahaja yang akan memilih pemimpin paling layak untuk sesebuah negara untuk sebab-sebab tertentu. SUMBER: DENAIHATI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan