SPECIAL ADS

17 April 2014

Mahathir akui sumbangan Karpal pada negara

Walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukut Gelugor Karpal Singh, yang maut dalam kemalangan, telah banyak menyumbang kepada negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad.
    
Beliau berkata Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.
    
"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," katanya ketika mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang peguam tersebut.
    
Terdahulu, Dr Mahathir menyampai ucaptama pada sesi meja bulat bertajuk 'Mengurus Kenaikan Kos Dalam Persekitaran Perniagaan Semasa' di Menara Matrade di sini hari ini.
    
Dalam kemalangan pukul 1.10 pagi tadi, Karpal, 74, maut, apabila kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama empat orang lain melanggar sebuah lori lima tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.
    
Karpal dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ketika kejadian itu berlaku. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an. - Bernama

Tiada ulasan: