Mereka telah merancang dengan teliti kemusnahan Word Trade Centre (WTC) yang terjadi pada 11 September 2001. Mereka juga sanggup mengorbankan 2996 nyawa bagi mewujudukan persamaan makna "Terrorist" itu "Islam" dan "Islam" itu "Terrorist". Peristiwa 11/9 itu merupakan konspirasi dan sudah terlalu banyak bukti yang mengaitkan tragedi tersebut dengan agenda AS dan Israel melalui slogan "Perang Menentang Keganasan".
Sekiranya 2996 nyawa tiada nilai bagi "mereka" yang merancang tragedi tersebut - maka apalah sangat dengan nyawa 241 penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang itu. Namun demikian seperti yang sudah penulis maklumkan sebelum ini - "peperangan besar-besaran" di dunia ini sebenanrnya dimulakan oleh para pemilik modal antarabangsa - "mereka" mahu keuntungan yang berterusan dan para pelakonnya terdiri daripada ahli-ahli politik, para pemimpin dan organisasi-oraganisasi bukan kerajaan yang sering kali melaungkan kebebasan dan hak-hak kumpulan tertentu.
Kita seharusnya mempunyai kebimbangan yang sangat jelas - bahawa MH370 dihilangkan atas "kehendak" dan satu plot misteri telah dicipta. Hal ini bukanlah imaginasi, tetapi realiti yang harus kita terima. Sudah pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan namun, "klu" mengapa MH370 dilarikan secara tiba-tiba masih tetap buntu dan tiada petunjuk. Walaupun kita mungkin menolak teori konspirasi sebagai fakto utama kehilangan MH370 - tetapi sifat dan ciri-ciri sesebuah konspirasi sememang wujud dalam isu tersebut.
Masih ingat dengan "The Protocols of The Elders of Zion" yang membicarakan 24 topik bagi mencatur dunia? Walaupun pelbagai bukti cuba dihamparkan bagi membuktikan kononnya protokol tersebut adalah palsu dan merupakan hasil daripada aktiviti menciplak pelbagai sumber tulisan lain - namun ia sama sekali tidak dapat menolak hujah bahawa hampir semua protokol yang tertera di dalamnya sudah pun berlaku dan dilaksanakan terhadap masyarakat dunia hari ini. Salah satu masej utama di dalam protokol tersebut adalah menjurus ke arah - Yahudi/Israel "wajib" menguasai dunia, melalui ekonomi dan inovasi (ilmu pengetahuan).
Dalam isu ini kita telah bersetuju bahawa kehilangan MH370 mestilah dihubung kait dengan dua perkara pokok - pertama ia ada kena mengena dengan isu teknologi masa hadapan yang tidak diketahui oleh ramai pihak. Kedua - ia sangat berkait rapat dengan isu keselamatan dan pertahanan.
Kedua-dua perkara pokok ini akan menjurus kepada dua kesimpulan penting - pertama "perniagaan dan ekonomi" dan yang kedua, "kuasa dan politik". Kesimpulan ini menjadi titik tolak bagi membongkar misteri kehilangan MH370. Dalam bab yang lepas, hipotesis saya adalah jelas, tragedi MH370 didalangi oleh "sekelompok pemodal antarabangsa berpengaruh " yang mahu mencapai cita-cita ekonomi dan perniagaannya.
Jangan terkejut sekiranya beberapa bulan selepas ini - kita akan dibekalkan dengan cadangan-cadangan yang bersifat "paksaan" agar rantau ini melakukan pembaharuan dalam pengurusan ruang angkasa, penambaikan dalam aspek keselamatan pesawat komersial, meningkatkan pelaburan negara dalam organisasi-organisasi perkhidmatan satelit, kelonggaran syarat dalam kerjasama ruang angkasa negara, dan tidak mustahil - Malaysia Air Lines juga bakal diambil alih oleh pesaingnya!
Rantau ini, khususnya Asia Tenggara telah lama menjadi idaman para perniaga - ia merupakan segmen ekonomi yang besar dan negara-negaranya masih stabil dan membangun. Rugi jika para pemodal antarabangsa tidak mengambil peluang keemasan ini dengan cara mewujudkan konflik dan tragedi terlebih dahulu agar "mereka" menawarkan perniagaan berskala besar di rantau ini.
Salah satu perniagaan yang menguntungkan para pemodal antarabangsa ialah " peperangan" - dan peperangan adalah produk ekonomi paling laris dan menguntungkan sejak 100 tahun kebelakangan ini. Perang Dunia, Perang Iran-Iraq, Perang Teluk Parsi, Perang Rusia-Afghanistan, Perang AS-Vietnam dan banyak lagi peperangan yang semuanya membawa keuntungan besar sekurang-kurangnya kepada 10 syarikat ini, iaitu : 1. Mitsubhisi (membina pesawat Jepun) 2. Volkwegan (mengeluarkan kenderaan tentera Jerman) 3. Heinkel (membina enjin pesawat Jerman) 4. Hugo Boss (menyediakan sut tentera Nazi) 5. Boeing (membina pesawat pengebom AS) 6. Ford (membina pesawat dan kenderaan tentera AS/Pakatan Perikatan) 7. DuPont (menyediakan bom dan bahan kimia tentera AS) 8. IG Farben (menyediakan bom kimia tentera Jerman) 9. Opel (menyediakan kenderaan perang tentera Jerman) 10. NSU Motorenwerke AG@Syarikat Audi (menyediakan kenderaan perang Jerman).
Setakat ini sekurang-kurangnya kita dapat melihat - "perang" membawa keuntungan kepada industri tertentu - tetapi itu masih belum penting, kerana yang yang mengaut keuntungan sebenar adalah adalah para pemberi dana yang terdiri daripada pemilik modal antarabangsa (jumlahnya sangat kecil, termasuklah pemilik bank dan institusi kewangan) yang sudi memberi pinjaman berbilion dolar hanya untuk mengaut keuntungan maksima hasil daripada pertumpahan darah yang sengaja diciptakan ini. Jika kita bertanya secara jujur - setelah tamat Perang Dunia ke-2 siapakah yang sebenarnya menang? Adakah AS? atau Jepun? atau Jerman? Hakikatnya, yang menang adalah pemilik modal antarabangsa ini. "Mereka" mengaut keuntungan dan kemenang mutlak daripada kedua-dua pihak yang bertelagah, sama ada pasukan yang menang, mahu pun yang kalah - yang tetap untung adalah "mereka".
Doktrain peperangan adalah sebahagian daripada ekonomi - sudah pun termaktub di dalam "Laporan Iron Mountain" - satu laporan rahsia yang diterbitkan pada tahun 1967.Laporan tersebut merupakan hasil kesimpulan 15 pakar pemikir yang dipanggil sebagai Kumpulan Kajian Khas yang dilantik oleh Pentadbiran Kennedy, Presiden AS pada waktu itu, bagi mengkaji satu hipotesis penting - apakah AS akan berhadapan dengan masalah sekiranya negara itu beralih daripada era perang kepada era keamanan yang panjang? dan apakah prosedur yang sepatutnya diambil bagi menangani masalah itu?
Pemilihan pakar pemikir tersebut telah dibuat pada tahun 1963. Mereka terdiri daripada individu dalam pelbagai disiplin akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mesyuarat pertama dan terakhir mereka telah diadakan di kubu nuklear bawah tanah dipanggil Iron Mountain. Kajian yang memakan masa hampir tiga tahun ini akhirnya disiapkan pada tahun 1966 dengan 34 halaman yang penuh dengan kesimpulan-kesimpulan yang mengejutkan berhubung "fungsi perang" - AS sama ada suka atau tidak perlu terlibat dalam menterjemahkan "fungsi perang" dalam segenap kehidupan manusia, agar keamanan tidak "merosakkan" negara itu jika AS berhasrat untuk terus kekal menguasai dunia. "Fungsi perang" atau "alternatif perang" perlu wujud dalam semua sistem kehidupan, termasuk ekonomi, sosiologi, politik, ekologi, kebudayaan dan saintifik. "Fungsi perang" adalah plot bagi mengawal dunia dan populasinya. Peningkatan dan kepadatan penduduk dunia mewujudkan pelbagai masalah, maka penduduk dunia mesti dikurang dari semasa ke semasa, kerana menurut mereka "lebihan penduduk" adalah beban kepada dunia dan ekonomi - dan jalan terbaik adalah melalui peperangan berskala besar atau "dengan membunuh mereka secara senyap". "Perang" menurut mereka lagi adalah perangsang kepada inovasi dan perkembangan sains dan teknologi. Laporan ini telah dibocorkan oleh Profesor John Doe (nama samaran) salah seorang panel yang terlibat dalam mengubal kesimpulan-kesimpulan tersebut.
Di dalam seksyen empat (Perang dan Keamanan sebagai Sistem Sosial) mereka menulis, Satu "fungsi perang" adalah dengan menggunakan keganasan terancang untuk mempertahankan atau menjaga "kepentingan negara". "Negara" tidak akam mempunyai makna sekiranya tidak berperang. Mereka percaya ia adalah perlu untuk meningkat pembangunan dan ketenteraan bagi "mencipta keperluan terhadap keunikan kuasanya ". Satu lagi "fungsi perang" utama adalah untuk menghasilkan sisa. Sisa ini adalah satu cara untuk mengawal lebihan. Ia juga menghasilkan pekerjaan dan kemajuan industri. Perang, pada dasarnya, merangsang ekonomi, dan telah menjadi penstabil ekonomi penting dalam masyarakat moden."
Dan lebih jauh daripada itu - mereka juga mengesyorkan bahawa dalam tempoh "keamanan daripada peperangan sebenar" - "fungsi perang" harus tetap wujud dengan wajah yang lain, namun demikian impaknya tetap menyamai "perang" sebenar serta matlamatnya untuk mengawal populasi manusia dan mencipta keuntungan ekonomi - hal ini termasuklah mewujudkan wabak penyakit besar-besaran (seperti AIDS) dan kemudian AS menawarkan penawarnya, mewujudkan "ancaman keganasan" dan kemudian AS menawarkan perkhidmatan dan teknologinya, mewujudkan masalah alam sekitar yang kerap digelar sebagai "Pemanasan Global", kemudian AS muncul dengan plan penyelesaiannya, mewujudkan "bencana terpilih" seperti Tsunami, gempa bumi dan banjir besar dengan menggunakan teknologi rahsia - bagi menghapuskan "etnik lama" untuk digantikan dengan "etnik baharu" yang dikawal, kemudian AS muncul menawarkan pembangunan dan kawalan ekonomi, mewujudkan "musuh rekaan" sebagai ancaman besar dunia umpamanya penganut Islam disinonimkan dengan pengganas, kemudian AS muncul mambawa konsesus keamanan bersama bagi memerangi "Keganasan Antarabangsa" - dan di situ terdapat keuntungan untuk AS dari aspek politik, kepimpinan dunia dan ekonomi, mewujudkan krisis kewangan, kemudian AS muncul dengan pakej bantuan menyeluruh, mewujudkan pemberontakkan dalaman, kemudian AS muncul dengan "proksi invidu terpilih" bagi menukar rejim sedia ada. Semua isu ini memiliki "fungsi perang" yang membawa kehancuran, kawalan populasi, keuntungan ekonomi dan kepimpinan politik dunia - bagi menjurus ke satu matlamat iaitu, mengekalkan AS sebagai peneraju dan ketua kepada seluruh negara di dunia dalam segala aspek.
Soalnya apakah kaitannya semua ini dengan kehilangan MH370? Apakah kita masih gagal menghidu dan melihat bahawa terdapat "fungsi perang" dalam tragedi tersebut? Siapakah yang rugi akibat daripada kehilangan MH370? - Jawapannya Malaysia dan MAS - Malaysia kerugian daripada imej dan kehadiran pelancong yang besar daripada China, dikhabarkan 30,000 pelancong daripada China telah membatalkan tempahan tiket mereka sehingga tahun 2015. MAS - mangsa paling sengsara dalam isu ini, imej, pampasan, peningkatan kos pengurusan keselamatan, ketidakpercayaan pelabur, penghijrahan pekerja dan kejatuhan nilai saham. Kemudian, siapakah pula yang bakal membuat keuntungan daripada tragedi ini? Jawapannya sudah tentulah AS (termasuk sekutunya) dan para pemilik modal antarabangsa - sampai bilakah kos pencarian MH370 sanggup dibiayai dengan menggunakan alasan "kami sahabat Malaysia"? Tidak mustahilkah akan wujud pimbiaya yang sanggup menawarkan hutang rasmi kepada Malaysia, sekiranya kos untuk menyelesaikan isu MH370 akan terus meningkat? Dan siapakah pula yang bakal menawarkan kepada Malaysia pakej "meningkatkan keselamatan pesawat dan keselamatan ruang udara" dengan "diskaun" yang mengagumkan? Malah siapakah pula yang bakal menjadi "tukang sorak" dan "tukang hasut" rasmi bagi memanipulasikan MH370 menjadi isu politik domistik yang akan mengancam parti pemerintah dan mendesak pertukaran tampuk pemerintahan negara? Sama ada kita suka atau pun tidak - terdapat hujah "ekonomi" dan "politik" mengapa "mereka" mahu MH370 dihilangkan dengan cara sebegini.
Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar, jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut. Katanya lagi, “Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia. Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya.
#Bersambung dalam episod akan datang berjudul Misteri MH370 : Selepas Satu Billion Pertama!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan