Tapi kita menyokong bila Tengku Razaleigh Hamzah mendedah keburukan UMNO. Tentulah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh ada kebenaran nya. ini bukan macai UMNO yang cakap. Ini bukan ketua cawangan yang cakap. Ini bukan ketua bahagian cabuk yang cakap. Ini bukan menteri half past six yang cakap.
Ini Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas menteri kewangan. Bekas menteri perdagangan. Bekas Pengerusi BBMB. Bekas Pengerusi dan pengasas Petronas. Bekas boss Dato Najib yang ketika itu hanya pembawa beg Tengku Razaliegh.
Dia merupakan bekas pemimpin tertinggi UMNO mendahului Dr Mahathir lagi. Semasa Mahathir masih merangkak dalam dunia politik UMNO, Tengku Razaleigh sudahpun menjadi naib presiden yang terkanan. Dia pernah menjadi menteri kewangan yang dihormati dan disegani.
Oleh kerana dia dihormati dan mempunyai masa depan yang baik, musuh politik nya berusaha menjatuhkan nya dengan cara kotor. Politik si Kitol dan Raja Mandaliar pun dijalankan. Dia pernah dikaitkan dengan skendel BMF suatu ketika dahulu sedangkan BMF tidak ada kaitan dengan dia. Walaupun dia menteri kewangan ketika skendel BMF tercetus, BMF melapur secara lansung kepada jabatan PM yang dikuasai oleh Dr Mahathir.
Ramai orang tidak tahu bahawa Tengku Razaleigh merupakan pengerusi pertama Petronas. Dia bersama dengan Tun Salleh Abbas dan beberapa pegawai lain ditugaskan oleh Tun Razak mengujudkan PDA 1974 yang melahirkan Petronas. Hari ini, nama nya sebagai pengerusi Petronas yang pertama dilupakan. Bahkan Petronas tidak pernah pun menjemput Tengku Razaleigh ke majlis2 rasmi mereka.
Apa sudah jadi? Jawapan nya PETRONAS bersikap macam UMNO. Sikap UMNO ialah apabila seseorang tidak lagi berkuasa dan berguna, mereka akan dipinggirkan dan dibakul sampahkan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Ghafar Baba sebaik sahaja tidak menjadi TPM. Orang lama UMNO sepertinya dilupakan dalam sekelip mata.
Baru2 ini Tengku Razaleigh mendedah keburukan UMNO. semasa berucap diperlancaran buku Rich Malaysia, Poor Malaysians yang ditulis oleh Encik Anas Alam Faizli, Tengku Razaleigh telah mendedahkan angkara durjana UMNO dengan mengambil contoh apa yang UMNO lakukan keatas Petronas.
Semua orang Melayu mesti faham dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh.
Saya tidak faham macam mana orang seperti Tengku Razaleigh ini boleh lagi dibenarkan ujud dalam UMNO. kritikan Tengku Razaleigh lebih dasyat dari apa yang boleh dikata oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim digabungkan sekali. Kerana bidasan Tengku Razleigh itu menikam kepada sumber kuasa UMNO itu sendiri.
Iaitu penggunaan kuasa politik keatas sumber kekayaan negara yang paling utama iaitu Petronas. Petronas sudah diperkosa dan dirogol oleh UMNO secara bersiri. Ini lebih dasyat dari tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim.
Sedangkan Petronas itu milik seluruh negara dan kekayaan yang ada pada Petronas bukan nya untuk menyelamatakn politik UMNO dan kroni UMNO. Tidak ada wang dan sumber kekayaan negara selamat jika UMNO berada berhampiran.
Kena hentam demikan rupa pun, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang berbunyi. Maka yang demikian bolehlah kita anggap apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh itu benar belaka. Ini menjadi asas untuk semua orang Melayu menolak UMNO.
Ini suatu pertubuhan politik yang amat bahaya. Jika ada harta benda, kekayaan, wang perbendaharaan, UMNO akan gasak sampai habis dan kering kontang. Itu sebab ya UMNO mesti laksanakan GST untuk memerah rakyat sampai ke tulang belulang.
Apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh?
UMNO menggunakan Petronas untuk mensabsidi kumpulan yang kuat dan kaya dan menganaktirikan rakyat lemah. Semenjak tahun 1997, jumlah nilai sabsidi yang diberikan oleh Petronas kepada TNB, kepada IPP dan beberapa syarikat lain, berjumlah RM137 billion. Sabsidi yang diberikan kepada rakyat golongan miskin pada tahun 2011 ialah RM14 billion. Tapi sabsidi kepada yang miskinlah yang UMNO tarik balik manakala sabsidi kepada sikaya dan sikuat diteruskan.
UMNO menggunakan Petronas sebagai bank peribadi dan wang Petronas dugunakan untuk menyelamatkan syarikat2 yang menjadi lemah yang asalnya disebabkan angkara pemimpin UMNO sendiri. Petronas mendanai BBMB ketika itu sebanyak RM3.5 illion dari tahun 1985-1991. Akhirnya apa jadi kepada BBMB? Ianya ditelan oleh bank yang lebih kecil dan sekarang bank orang Melayu tidak ada lagi. Yang ada ialah CIMB. Mana maruah UMNO yang menjerit sana sini menjaga maruah Melayu bila BBMB berkubur?
Petronas dikudakan untuk menyelamatkan syarikat Konsortium perkapalan Nasional dengan dana sebanyak RM2 billion pada tahun 1997. Ketika itu yang menentukan apa petronas boleh buat atau tidak ialah Dr Mahathir. Petronas jugalah yang membiayai pembinaan menara berkembar sebanyak RM2 billion dan mendanai pembiayaan Putrajaya sebanyak RM22 billion. Ini semua dosa2 yang dilakukan oleh UMNO kepada orang Melayu.
Makna nya, Tengku Razaliegh kata, UMNO khianat bangsa Melayu.
Kenapa keadaan demikian terjadi? Ianya terjadi kerana UMNO menggunakan kuasa politik dan kuasa kerajaan untuk mengisi poket pemimpin UMNO dan rakan2 mereka yang disebut sebagai kroni. Pakatan jahat antara pemimpin UMNO dan kroni2 mereka menghasilkan kegiatan rent-seeking.
Rent-seeking ialah cara mendapat kekayaan melaluimemiliki lessen, quota, monopoli dan sebagai nya. pendapatan datang kepada indidvidu kerana pemilikanlessen, quota, monopoli, konsesi dll. Pendapatan tidak datang hasil perusahaan dan aktiviti penghasilan dan pengeluaran.
Ini dasar yang UMNO laksanakan. Iaitu mencipta suatu kelompok yang kaya raya atas nama bangsa Melayu. Usaha membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu lahir dari Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan sejak 1970. Tapi perlaksanaan nya di kudakan oleh pemimpin politik yang membaca DEB sebagai lesen untuk mencipta suatu kelompok Melayu menjadi kaya raya dengan tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada majoriti Melayu yang miskin. Nama Bangsa Melayu digunakan oleh pemimpin UMNO untuk mengayakan diri sendiri dan suatu kelompk kecil yang kononnya mewakili bansga Melayu secara keseluruhan.
Lagi sekali UMNO khianat bangsa Melayu.
Maka sebab itu, kita yang bukan dalam UMNO menyokong pemikiran Tengku Razaleigh kerana dia menyamai pemikiran yang kita perjuangkan.
Maka bertambahlah kehairanan nya kita, mengapa orang seperti Tengku Razaleigh ini dibenarkan ujud dalam UMNO dan mengancam kedudukan pemimpin UMNO yang meneruskan dasar2 yang mengkhianati bangsa Melayu. Sepatutnya orang seperti Tengku Razaleigh paling kurang, sudah dikenakan tindakan disiplin.
Sakmongkol Ak47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan