SPECIAL ADS

30 April 2014

PSI: Amerika sambut baik sokongan Malaysia

Presiden AS, Barack Obama bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media bersama selepas rundingan dua hala di Putrajaya, minggu lalu. Gambar fail.
Amerika Syarikat (AS) menyambut baik sokongan kerajaan Malaysia terhadap Inisiatif Keselamatan Proliferasi (PSI), yang diumumkan pada pertemuan dua hala antara Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 April.
Kedutaan AS di Kuala Lumpur menyatakan keputusan Malaysia untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam PSI menunjukkan komitmen tinggi negara ini bagi menghentikan percambahan senjata pemusnah besar-besaran dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan dan jaminan perdagangan global serta menggalakkan rantau Asia Pasifik yang aman.
"Amerika Syarikat menantikan kerjasama dengan Malaysia bagi menggerakkan matlamat bukan proliferasi PSI dan kenyataannya berhubung Prinsip Penggantungan," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan, malam ini.
Dilancarkan di Krakow, Poland pada 2003, PSI meraikan ulang tahunnya yang ke-10 pada Mei tahun lalu dengan pertemuan politik peringkat tinggi di Warsaw.
Peserta PSI komited untuk mengambil langkah secara sukarela dan konsisten dengan pihak berkuasa perundangan kebangsaan, undang-undang dan rangka kerja relevan serta sumber yang ada.
Ini bertujuan menggantung penghantaran senjata pemusnah besar-besaran, sistem penyampaian dan bahan berkaitan dari negara dan bukan negara yang bimbangkan profilerasi.
Obama juga menggesa negara-negara berkenaan supaya mengambil langkah kukuh untuk mengukuhkan PSI dan mengekalkannya sebagai elemen teras regim bukan proliferasi antarabangsa.
"Sebagai sebahagian daripada usaha itu, Amerika Syarikat dan negara-negara PSI lain komited untuk menjalinkan kerjasama bagi menggesa semua negara terlibat untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam inisiatif ini," kata kenyataan itu. – Bernama, 

Tiada ulasan: