SPECIAL ADS

15 April 2014

Tembelang UMNO Pecah: Tolak Usul Pelaksanaan Hudud


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini telah menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong (UMNO) pagi tadi menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong berkenaan, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

YB Ustaz Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

Tindakan ini sangat bertentangan dengan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu. Apakah undang-undang Hudud di Kelantan dan Terengganu berbeza?

Seorang lagi pimpinan UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu. Apakah di Terengganu tidak akan membantu? Sangat hipokrit UMNO dalam isu Hudud.

Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, Saifuddin Nusation mencabar Umno untuk mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengganu. Tapi selepas kenyataan ini UMNO sydah menunjukkan tembelangnya!

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.

Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.

Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu kerana sikap UMNO yang berpura-pura nak kepada Islam sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Tiada ulasan: