SPECIAL ADS

12 April 2014

Yayasan ISA akan ditubuhkan

khalid ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bekerjasama dengan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan Yayasan ISA.
Matlamat penubuhan Yayasan ISA ini adalah bagi membantu ahli keluarga yang menerima kesan buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Kerajaan negeri melalui gerak kerja Selangor Ku, mula memperuntukkan sebanyak RM500 ribu untuk yayasan ini,” jelasnya sewaktu penggulung perbahasan di Dewan Negeri Selangor.
Dengan adanya Yayasan ISA ini, akan membuka jalan menolong dan menjaga kebajikan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang pernah ditahan oleh ISA.
“Ada juga di di antara keluarga ahli Ahli Dewan Negeri Selangor yang turut menerima kesan daripada penahanan ISA ini,” katanya..
Dalam pada masa yang sama, Khalid turut menjelaskan bahawa Yayasan ISA ini juga akan diketuai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri dan satu jawatan kuasa akan ditubuhkan.
Pada 15 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan ISA.
Dalam pada masa yang sama, Najib turut menjelaskan bahawa Akta ISA itu akan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.

Tiada ulasan: