
Katanya, hanya satu pintu akan dibuka kepada pelajar iaitu pintu Damansara yang menurutnya terletak jauh dari kampus.
Menurut Fahmi, notis yang baru diterima semalam mengenainya adalah terlalu lewat bagi memaklumkan perkara penting sedemikian.
"Pihak kampus terlalu sensitif terhadap kedatangan Obama ini," katanya dalam sidang media di Masjid Negara.
"Tak perlu menutup semua pintu menyusahkan pelajar itu sendiri.
"Lawatan beliau (Obama) cukup bagus untuk berdialog dengan pemimpin muda.
"Kawalan keselamatan terlalu ketat menyebabkan kesukaran kepada pelajar," tambahnya.
Bahkan, katanya, beberapa program yang telah dirangka oleh mahasiswa terpaksa dibekukan mengakibatkan mereka menanggung kerugian.
Sementara itu, PMUM juga, ketika mengalu-alukan kedatangan Obama, mengambil kesempatan menyatakan bantahan mereka terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"TPPA menjadikan Malaysia, sebagai negara yang terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika,” katanya.
Sementara itu, Malaysiakini menghantar e-mel kepada pejabat naib canselor dan pejabat perhubungan antarabangsa dan korporat Universiti Malaya untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan mahasiswa itu.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan