Berita Terkini 1MDB Malaysia; Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion? 1MDB…..daripada banyak duit sampai berhutang tapi tak mampu bayar pinjaman hutang sendiri? Tepuk dahi Berita semasa melihatnya…Ibarat cacing yang kepanasan, lembu yang sedang dikorbankan mengelupur tidak tentu hala. Akhirnya apa yang 1MDb mampu lakukan sekarang ini?
“Korek lubang, tutup lubang”
1MDB terpaksa meminta talian hayat daripada Ananda Krishnan bagi melangsaikan pinjaman hutang Rm2 bilion dengan Maybank, RHB
Laporan Berita Terkini 1MDB Malaysia oleh The Edge
Jikalau anda semak laporan berita terkini The Edge berdasarkan pinjaman hutang RM2 bilion yang bakal diberikan Ananda bagi menjelaskan pinjaman hutang Maybank RHB, Tan Sri Ananda Krishnan akan diberikan majoriti pegangan dalam Powertake Investment Holdings Sdn Bhd. Jikalau berdasarkan nilaian hari ini, Ananda Krishnan sudah untung RM6,000,000,000 di situ sahaja. Hebat taikun telekomunikasi ini berniaga…
1MDB bought Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd owned by Ananda Krishnan at RM8.5 billion (with RM6.17bil loan) and renamed to Powertek Energy Sdn Bhd became a subsidiary of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd in 2012.
Manakala 1MDB masih lagi terhegeh-hegeh menanggung hutang di sana sini.
After having acquired Tanjong’s power plants for a total of RM8.5bil, 1MDB also acquired the Genting group’s power generation unit for RM2.38bil.To purchase Genting Sanyen Power, 1MDB took up a bridging loan of RM607mil that is payable on a semi-annual basis over 42 months.
Hutang lagi…..1MDB. Hebat anda berniaga. Akhirnya Ananda Krishnan yang kenyang.
Risiko Pelaburan 1MDB Kepada Ekonomi Malaysia?
Bagi Berita Semasa melihatkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3%-5% pada tahun 2015 ini, memnang tiada masalah di situ. Masalahnya sekarang ini, “lubang-lubang gomen” seperti 1MDB ini yang telah membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “systemic risk”
- Systemic risk: Aka Jangkitan. 1MDB tidak mampu bayar hutang, bank mula sangkut daripada “capital adequacy ratio”.
- Apabila Bank mula sangkut = ia sekaligus akan mengehadkan keupayaan bank untuk memberi kredit, yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
- Itu belum masuk lagi “contingent liability” kepada kerajaan Malaysia (yang boleh membawa kesan kepada defisit bajet) bahkan juga kesan rantaian kepada para pemodal melalui pendedahan mereka kepada nota gadai gomen dan 1MDB itu sendiri.
- Di bawah ini Berita semasa sertakan bersama laporan berita pernigaan yang disediakan oleh StarBiz pada 23 April 2014 yang mana menunjukkan liabiliti luar jangka yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.
“Ahmad Maslan pandai“. Ahmad Maslan mengatakan surat sokongan kerajaan untuk 3 bilion dolar Amerika itu bukan jaminan. Ini sebiji seperti apa yang pernah kerajaan Malaysia lakukan pada tahun 80an dalam percubaan “corner” pasaran timah menggunakan Maminco, tetapi akhirnya “kantoi”. Yang mana anda boleh semak laporan kes Kleinwort Benson Limited v Malaysia Mining Corporation Berhad [1989] 1 WLR 379 :
Lord Gibson ruled “the comfort letter containing no more than the assumption of moral responsibility by the defendants in respect of the debts of Metals.”
Berbalik kepada soal 1MDB itu, pendek kata apa yang berlaku sekarang ialah pergerakan pasaran dalam mensasarkan hasil setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah :
- kejatuhan harga minyak dunia
- kadar hutang isi rumah
- kadar hutang kerajaan
- risiko dari 1MDB
Ini yang dipanggil sebagai “The beauty of market forces“. Anda akan dilihat berharga pada nilai yang sepatutnya kerana anda berhak selepas dinilai secara adil.
Nilai ringgit Malaysia mula merudum dengan dahsyatnya terutama sekali berkala dengan kejatuhan harga minyak. Dan situasi semakin buruk apabila ia turutn mendadak dalam bulan disember 2014; sejurus selepas kegagalan 1MDB bayar hutang walaupun telah berjanji untuk membayar semula sebelum itu.
Nah disebabkan itulah, apabila diperhatikan penanda aras sovereign cds :
- Pada mulanya 4 Disember 2014 kadar CDS untuk Malaysia naik melebihi kadar Filipina atau Thailand
- Ini adalah sesuatu diluar daripada kebiasaan memandangkan kadar CDS Malaysia adalah sentiasa rendah berbanding Thailand atau Filipina
P/S : CDS ini adalah Credit Default swap rate (yakni insuran tambahan pasaran kenakan ke atas kadar pulangan nota gadai kerajaan). *dalam dunia kewangan, risiko dinilaikan dengan kadar pulangan.
PP/S : Baht semakin menguat. Hari ini 100 baht = RM 11.11 … Jatuh teruk ringgit Malaysia sekarang.
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan