KUALA LUMPUR: Selain beberapa orang seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, orang muda yang lain tidak dapat menonjol bakat dalam UMNO.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana budaya UMNO ialah burung merak biasanya tidak boleh survive sehingga ramai memilih cara bijak dengan menjadi bunga kecil yang tidak menonjol.
“Pemuda Melayu yang berpendidikan agak sukar untuk mendapat jawatan walaupun di peringkat bahagian golongan ‘feudal’ akan memastikan mereka tidak berpeluang untuk bersinar dan menghalang mereka memanjat di peringkat bahagian.
“Usaha golongan ini untuk melindungi diri sendiri menyebabkan parti perlu membayar kosnya,” katanya, lapor China Press.
Daim menegaskan, budaya UMNO mesti diubah dan pemimpin parti juga harus berani melakukan transformasi.
Katanya, beliau pada masa ini hanya terdengar terdapat dua orang wakil rakyat yang menawar diri untuk berundur dan tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain hanya berdiam diri.
“Inilah UMNO di mana setiap orang juga merasa diri mereka ada peluang untuk menang, setiap ketua bahagian juga menyatakan diri melakukan kerja dengan baik,” katanya. FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan