PETALING JAYA: Badan SAR Nasional (Basarnas) memaklumkan, bahagian ekor pesawat malang QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa sudah ditemui.
Ketua Basarnas, F Henry Bambang Soelistyo berkata, nombor siri masih jelas pada serpihan tersebut, mengesahkan bahawa ia sebahagian daripada badan pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas pada 28 Disember lalu.
Pencarian ekor pesawat tersebut penting kerana ia mengandungi rakaman suara dan data atau kotak hitam pesawat, lapor NBC News.
Namun, kotak hitam tersebut masih belum dijumpai, kata Bambang kepada wartawan pada satu sidang media.
Penemuan itu diumumkan selepas satu lagi serpihan pesawat Airbus A230-200 tersebut dikesan oleh kapal USS Fort Worth milik Amerika Syarikat.
Sehingga kini, sebanyak 37 mayat mangsa nahas sudah ditemui.
Seramai 162 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat tersebut semasa kejadian berlaku. FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan