SPECIAL ADS

15 Januari 2015

Tun Razak buat, Najib cuma janji



KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad menyelar cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya pandai bercakap namun tidak pernah melaksanakan janjinya.

Kata Abdullah, kelakukan Najib jauh berbeza berbanding ayahnya yang berusaha keras ke segenap pelusuk negara untuk bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Yang penting sekarang adalah kerajaan (pimpinan Najib) harus mengotakan setiap kata yang diucapkan(walk the talk) seperti Gerakan Moderat Global (GMM). Benda ni mesti dilaksana.

“Akhirnya rakyat akan melihat bukan daripada cakap atau retorik, tetapi perbuatan.

“Dalil yang paling baik sekali adalah menerusi perbuatan,” katanya dalam forum Memperingati Tun Razak di Mandarin Court Hotel, semalam.

Antara panelis lain selain Abdullah semalam adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Editor The Malaysia Insider dan dimudahcara oleh Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.

Beliau yang berkhidmat selama 14 tahun bersama Tun Razak kecewa dengan masalah kemiskinan dan jurang kaum yang melebar dibawah pentadbiran Najib.

“Masalah ketidakadilan, antara kaya dan miskin. Bukan antara Melayu, Cina dan India sahaja, tetapi dalam komuniti masing-masing itu sendiri nampaknya makin melebar

“Cina dengan Cina jurangnya makin melebar, Melayu apatah lagi bertambah-tambah jauhnya. Dulu tidak ada miskin bandar.

“Idea Tun Razak adalah untuk mengangkat setiap orang dan bukannya menjadikan mereka miskin,” ujarnya di hadapan lebih 100 hadirin.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Dolah Kok Lanas merupakan mantan Ahli Parlimen Machang menggsa kerajaan memanfaatkan bakat setiap individu di Malaysia tanpa mengira kaum.

“Semua orang di Malaysia ini boleh menyumbang kepada negara, semua orang ada tempat di sini.

‘Malangnya bakat mereka tidak dimanfaatkan,” katanya. 

Tiada ulasan: