SPECIAL ADS

14 Januari 2015

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu : Azilah dan Sirul Azhar Sah Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza?

kes Altantuya
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu 2015 : Azilah dan Sirul Azhar Sah Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza : Selepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup berprofil tinggi tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan untuk diadili oleh atas pentas yang dinamakan “mencari keadilan” akhirnya Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “terbukti bersalah” membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh kalangan 5 panel hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah Persekutuan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati.

Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?

Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “disahkan” telah membunuh Altantuya Shaariibuu
  1. Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006? Entah……
  2. Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu sebenarnya? Entah….
  3. Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah…..
Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat perhatian dunia, media antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila menyimpan seribu macam misteri yang “masih lagi tersimpul rapi” menantikan masa dan ketikanya untuk dirungkaikan.
BACA SINI : Malaysia "Pakar Perangi Rasuah"? Tahniah…Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup Misteri?

kes Altantuya Shaariibuu
Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini akan meletakkan jenayah berprofil tinggi ini sebaris dengan kes jenayah yang cukup terkenal antaranya :
  1. Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar
  2. Kes Pembunuhan Norita Samsudin
  3. Kes Pembunuhan Hasleza Ishak
  4. Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia dipertonton satu karya “drama yang cukup agung yang bertema jenayah” sehingga menerbitkan seribu macam teori, pandangan, fakta-fakta yang berbangkit daripada pelbagai pihak dan kumpulan masyarakat disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini.
Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan
Kita sedang melihat kelahiran sebuah hikayat moden – agak sama dengan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang begitu mengejutkan dunia sehingga akhirnya telah meletusnya perdebatan dan perkongsian pandangan serta kontroversi baik dari rakyat Amerika sendiri, penduduk seluruh dunia dan juga rakyat malaysia sendiri.
Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan John F. Kennedy (JFK) terus menjadi misteri dan terus tercari-cari kebenaran kerana begitu banyak persoalan yang belum terungkai sehingga membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia tertanya-tanya sehingga ke hari ini.
altantuya shaariibuu
“Drama” Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, 13 Januari 2014 selepas menempuh cabaran yang cukup panjang untuk menyudahkan episod yang cukup berliku ini. Bakal terbit satu lagi cerita lagenda yang akan dikenang rakyat Malaysia bermula hari ini sehingga ke tempoh yang tidak diketahui sampai bila untuk dibawa persoalan-persoalan yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini, “siapa mastermind”, atas sebab apa dibunuh.
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: