PUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjelaskan bahawa isu rumahnya yang dikatakan dilelong oleh pihak bank sebelum ini sudah selesai.
Beliau mendakwa, sebenarnya beliau tidak berhutang tetapi hanya menjadi penjamin kepada sebuah syarikat berjumlah RM1.8 juta.
“Dalam tiga atau empat hari lagi akan dapat surat,” katanya kepada pemberita di depan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, rumahnya dilelong pada 11 Disember 2014 pukul 10 pagi tetapi mendakwa baru mendapat notis lelongan itu semalam (Rabu) pada pukul 8.45 malam yang bertarikh 5 Januari 2015.
“Surat itu dihantar ke lobi kondo saya. Saya masih tinggal di sana dan masih menunggu arahan daripada pihak CIMB. Rumah saya tak pernah dijual sebelum dilelong,” jelasnya.
Beliau memberitahu, rumah itu pada awalnya memang ingin dijual pada harga RM5.8 juta tetapi dilelong pada harga yang sangat rendah, RM2.1 juta.
“Saya pun tidak tahu sama ada rumah saya itu sudah dibeli atau tidak. Saya tidak dimaklumkan apa-apa oleh pihak CIMB. Namun peluang untuk menang masih ada dan saya masih pemilik rumah itu buat setakat ini,” tambah Khairuddin. FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan