SPECIAL ADS

18 Januari 2015

Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda?

harga gula
Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda : Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?
Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.
  • Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di Malaysia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah?
  • Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun?
Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun.
Jikalau anda semak pada carta yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini :
Harga Gula Naik 2015
  • Harga gula dunia pada hari ini sekitar 15 cents (US) untuk setiap pound atau 33 cents (US) untuk setiap kilo ataupun Rm1.18 untuk setiap kilo
  • Ok Baik. Tetapi harga gula yang dijual kepada rakyat Malaysia RM2.84 untuk setiap kilo (harga gula di Malaysia yang terkini)
  • Ini bermakna rakyat Malaysia telah membayar 2 kali ganda kepada kartel syarikat gula di Malaysia bagi “merasa sedikit kemanisan disebalik kepahitan yang dialami mereka” bagi produk yang dikenali sebagai gula yang dijual di Malaysia
  • Subsidi gula sudah hapus pun masih lagi, tidak berubah harga gula di Malaysia?
BACA SINI : Kenaikan Harga Gula Naik RM2.84 sen SEKILO Hari Ini! (Subsidi Rakyat Dipotong 34 sen)
P/S : Persoalan Berita Semasa yang terakhir, mengapa dan kenapa acapkali rakyat marhaen perlu “terlebih lebih” untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia? Sampai bila?
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: