Senarai Punca Status BR1M 2015 Gagal dan Tidak Berjaya? Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015! Ramai yang sebenarnya mengharapkan status permohonan BRIM 2015 mereka diterima apabila mereka semak keputusan BR1M 2015.
Sudah ada cakap-cakap yang mempertikaikan bagaimana cara penentuan penerima BRIM 2015 apabila ada kalangan kenalan, kaum kerabat yang jauh “lebih mampu” daripadanya boleh dapat, sedangkan ada yang tidak berkemampuan dan “lebih berhak” masih atau belum tidak dapat lagi. Berapa ramai kalangan pemohon BRIM 2015 berhadapan dilema seperti ini?
Sejak 3 hari lepas bermula 12 Januari 2015 hari Isnin yang lalu, seorang demi seorang berjaya dapat wang BRIM 2015. Hari ini, lebih banyak akaun bank penerima BRIM 2015 akan boleh mengeluarkan bahagian masing-masing.
Kepada yang masih yang belum hantar permohonan dan kemaksini BRIM 2015 masih ada harapan, anda masih lagi ada kesempatan kerana ruang permohonan masih lagi dibuka sehingga 30 Januari 2015.
KLIK SINI : Semakan BR1M 2015 BR1M 4.0 Online Malaysia. Daftar Kemaskini BRIM 2015
Punca Semakan Status BRIM 2015 Gagal dan Ditolak?
- Anda tidak mengisi borang permohonan dan kemaskini BRIM 2015 dengan lengkap samada secara online ataupun manual.
- Gaji dan pendapatan yang anda terima melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
- Nama anda telah diletakkan sebagai tanggungandalam borang permohonan BR1M 2015 yang telah diterima pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Anda telahpun hantar permohonan Buku 1Malaysia (BB1M)
- Tidak meletakkan nama isteri ataupun suami anda, sedangkan anda ketika anda memohon, anda mengaku sudah berkahwin
- Gagal senarai nama yang anda tanggung walaupun anda memohon atas dasar memabntu ibu atau bapa tunggal
- Anda didapati meletakkan no kad pengenalan yang tidak sah atau nama yang tidak tepat melalui semakan sistem Jabatan pendaftaran Negara (JPN)
- Anda telah hantar permohonan BR1M 4.0 lebih daripada sekali
- Ada lagi yang anda ingin tambah?
Dan jika anda sebenarnya memang layak untuk dapat duit BRIM tetapi dek kerana sebab-sebab teknikal yang menyebabkankan permohonan anda gagal dan tidak berjaya. Oleh itu itu, anda digalakkan untuk daftar rayuan BRIM 2014 (BR1M 2015). Caranya?
Cara Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015
- Anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dan dalam pada masa yang sama, kepilkan apa sahaja dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan pendapatan anda sebulan serta tanggungan yang boleh menyokong permohonan rayuan BRIM 2015 anda
- Selepas itu, pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan 10 agensi lain yang berkaitan seperti Bank negara Malaysia (BNM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan semak semula permohonan rayuan BR1M 2015 anda. Moga-moga berjaya.
- Pastikan juga anda kemukakan juga surat bertulis kepada LHDN
- Nantikan semakan keputusan rayuan BRIM 4.0 anda.
P/S : Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang gagal cuba sekali lagi hantar permohonan rayuan BRIM 2015 anda supaya dipertimbangkan untuk kali yang kedua.
beritasemasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan