SPECIAL ADS

8 Januari 2015

Faekah : Kami bukan perompak

faekah azmin
PETALING JAYA: ”Kami bukan perompak,” tegas Faekah Husin menjawab amaran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang memberi tempoh 14 hari kepada lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) memberi jawapan kepada surat tuntutan pemulangan wang pampasan.
Sehubungan itu beliau menyatakan, mereka tidak akan memulangkan semula wang pampasan RM2.6 juta berkata: “Tak ada sebab kami nak pulangkan wang pampasan yang telah dibayar sebab kami bukan perompak malah kami akan lawan balik untuk tuntut baki kontrak yang belum habis”.
Sebelum ini pengurusan MBI mengeluarkan surat tuntutan semula wang pampasan RM2.6 juta yang dibayar sebagai Skim Pengasingan Bersama (MSS) kepada lapan bekas pegawai MBI, termasuk Faekah.
Faekah yang mewakili tujuh penerima pampasan tersebut telah sepakat tidak akan memulangkan semula bayaran yang telah diterima itu.
“Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.
“Audit tersebut juga cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan daripada pihak terlibat termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya, lapor Malaysia Gazette.
Tambahnya, peguam yang dilantik akan mengkaji dan membuat tuntutan balas yang tidak ada had untuk mendapatkan kesemua jumlah sehingga tamat kontrak, termasuk gantirugi langgar janji.
“Sebenarnya, persetujuan telah diambil sebelum ini tetapi pengurusan baharu ini telah mencemar dan melanggar persetujuan tersebut,” katanya.
Semalam Faekah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pembayaran wang melalui MSS kepada lapan pegawai Khalid telah dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat tersebut yang dikeluarkan oleh pengurusan baharu Menteri Besar Selangor. FMT

Tiada ulasan: