SPECIAL ADS

9 Januari 2015

Mengejutkan.. Suami Muflis, Rumah Umie Aida Dilelong?

RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sinonim dengan dunia politik.
Sebut sahaja nama Khairuddin dan Umie juga, pastinya ada peminat yang mengimbas kemanisan cinta mereka yang telah disatukan di tanah suci, Mekah.
Namun, tetiba muncul pula berita kurang enak didengar iaitu suami Umie Aida yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang dilaporkan telah muflis.
Malah dengar-dengarnya dokumen mahkamah itu telah tersebar menerusi sebuah blog politik yang memaparkan pengisytiharan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) mengenai status Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mei tahun lalu, pada hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengeluarkan arahan serupa.
khairudin muflis
Berita pengisytiharan ini turut diketahui Khairuddin namun dia enggan mengulas lanjut ekoran masih bekerjasama dengan pihak peguamnya.
Lebih memeranjatkan, muncul pula dakwaan yang hadiah perkahwinan Khairuddin kepada Umie yang merupakan sebuah hartanah mewah bernilai hampir RM2.1 Juta di Mont Kiara bakal dilelong Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.
Notis lelongan hartanah tersebut.
Notis lelongan hartanah tersebut.
Bagaimanapun, suami Umie mendedahkan yang dia langsung tidak mengetahui perihal lelongan hartanah miliknya itu.
Jika benar, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. -MYNEWSHUB.CC
SUMBER: THE RAKYAT POST & ROTI KAYA
1

VIDEO RAYA PERTAMA UMIE SEBAGAI ISTERI

Tiada ulasan: