Kos Pesawat Jet Kerajaan Malaysia 9M-NAA RM30,000 Sejam (Minyak RM7.68 segelen) Terbang Ke New York, London, Dubai, Bangkok Tanpa Najib Razak? : Akhirnya selepas terbang dan singgah secara misteri di beberapa lokasi utama di dunia selepas dikesan menggunakan perkhidmatan FlightRadar 24, pesawat jet kerajaan Malaysia 9M-NAA telah selamat tiba ke Malaysia pada 11.15 malam 4 Januari 2015 bersamaan hari Ahad.
KLIK SINI : Najib Razak & Rosmah Mansor Bercuti di Hawai Dengan Pesawat Jet 9M-NAA Milik Kerajaan Malaysia. Najib Balik Malaysia Dengan RMAF Boeing 777?
Setelah ditanya mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak yang menaiki pesawat jet kerajaan Malaysia ke Hawaii, Amerika Syarikat tidak pulang dengan pesawat tersebut? Ini jawapan yang terhasil dari Jabatan perdana Menteri (JPM)
- pesawat jet kerajaan Malaysia 9M-NAA ada masalah teknikal katanya
- pesawat jet kerajaan Malaysia tidak sesekali digunakan oleh keluarga Datuk Seri Najib mahupun Rosmah Mansor
- Pesawat jet kerajaan Malaysia tidak berada di Indianapolis
Rekod Penerbangan Pesawat Jet Kerajaan Malaysia 9M-NAA oleh FlightRadar24?
Pelik! Itulah bait perkataan yang keluar dari mulut Berita Semasa mendengar jawapan daripada pihak JPM. Rosak dan ada masalah teknikal sehingga mampu terbang dari :
- Hawaii ke Indianapolis
- Indianapolis ke Los Angeles
- Los Angeles ke New York
- New York ke kota London
- London ke Dubai
- Dubai ke Bangkok
- Bangkok ke Malaysia
Pelik untuk kali kedua. Jalan dekat ada dengan menggunakan laluan Asia Pasifik tetapi maish lagi gigih juga untuk ikut laluan dan negara Eropah yang lebih jauh sekaligus meningkatkan lagi kos penerbangan pesawt jet kerajaan Malaysia ini?
Jikalau MH370 terus menjadi misteri, dengan jawapan JPM menjadikan penerbangan pesawat jet rasmi kerajaan Malaysia turut sama menjadi “misteri“
Kepada pegawai Jabatan perdana Menteri (JPm) yang terlibat bertungkus lumus menjawab persoalan dan misteri 9M-NAA, untuk pengetahuan anda data Flightradar24 yang Berita Semasa semak ini sama sekali tidak boleh menipu kerana data itu dihantar sendiri melalui isyarat dari pesawat itu sendiri.
Sesiapa pun boleh dapat data itu asalkan tahu no pendaftaran pesawat. Dalam kes dan isu pesawat jet kerajaan Malaysia 9M-NAA.
P/S : Rosmah Mansor dikesan berada di pusat membeli belah Central Chidlom Mall, Bangkok Thailand. Mungkin?
PP/S : Pesawat jet kerajaan Malaysia memakan kos RM30,000 sejam dengan menggunakan minyak jet yang berkualiti tinggi RM7.68 segelen yang ditaja sepnuhnya oleh duit pembayar cukai rakyat Malaysia. Harap-harap digunakan oleh orang yang betul. beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan