SPECIAL ADS

1 Januari 2015

Kawasan SAR Pesawat QZ8501 Diperluaskan Lagi – TLDM

Kawasan pencarian bagi mengesan serpihan dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah digandakan lagi sehingga keluasan 13,500 batu nautika persegi.
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dalam tweetnya hari ini berkata semalam, kawasan pencarian yang ditetapkan kerajaan Indonesia lebih kecil iaitu 6,160 batu nautika persegi.
AirAsiaPencarian_1
Sehingga hari ini dilaporkan sebanyak 10 mayat mangsa nahas pesawat itu telah ditemui, dua telah pun tiba di Surabaya dan dua lagi mayat tiba di Hospital Imannudin di Pangakalan Bun malam tadi.
Semalam, pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) menghadapi kesukaran untuk membawa keluar mayat dari dalam laut ekoran keadaan cuaca buruk, angin kencang dan laut yang bergelora.

MENARIK – KD Pahang Temui 3 Mayat = Sudah 10 Semuanya Setakat Ini

Pesawat AirAsia berkenaan terhempas sewaktu dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya dengan membawa 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal dipercayai disebabkan cuaca buruk.
Setakat ini tiada mangsa yang terselamat ditemui. 
MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: