SPECIAL ADS

1 Jun 2013

Ambiga: Lebih baik tukar semua anggota SPR

KUALA LUMPUR 01 Jun : Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lebih baik dengan menukar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya yang sudah kehilangan keyakinan orang ramai.

"Perdana menteri berbuat demikian kerana beliau mengakui bahawa SPR tidak mendapat keyakinan orang ramai, oleh itu mereka (anggota SPR) mesti letak jawatan atau diganti.

"Untuk mereka melaporkan kepada sebuah lagi jawatankuasa adalah tidak sah kerana jika anda melihat Perlembagaan Persekutuan, mereka sepatutnya menjadi sebuah badan bebas," kata Ambiga ketika dihubungi Malaysiakini.
s ambigaBeliau berkata demikian ketika mengulas laporanBernama berhubung ucapan Najib di majlis ulangtahun Yang di-Pertuan Agong hari ini di mana beliau mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya itu akan ditubuhkan untuk menangani kekurangan keyakinan terhadap SPR.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut.

Ambiga berkata anggota SPR mempunyai kedudukan yang setaraf dengan seorang hakim mahkamah persekutuan dan dengan meletakkan SPR di bawah sebuah, ia ibarat meletakkan badan kehakiman di bawah pihak berkuasa lain.

"Mereka (SPR) bukan sebuah jabatan kerajaan walaupun mereka bertindak sepertinya.

"Mereka telah berkelakuan seperti sebuah jabatan kerajaan kerana mereka dilayan seperti itu, jadi lebih cepat setiap orang menyedari fungsi dan kuasa SPR, adalah lebih baik.

"Itulah sebabnya BERSIH meletakkan standard pertanggungjawaban yang tinggi bagi SPR," kata peguam itu.

"Jika mereka benar-benar mahu memulihkan keyakinan orang ramai, (caranya) ialah membuang semua mereka (anggota SPR) dan digantikan dengan mereka yang mendapatkan keyakinan awam dan berintegriti tinggi.

NONE"Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Biarlah rakyat dalam masyarakat sivil mencadangkan siapa yang patut menjadi anggota SPR. Ia Ia adalah satu penyelesaian yang sangat mudah," katanya.

DAP supremo Lim Kit Siang yang juga sependapat dengan Ambiga, berkata walaupun langkah Najib itu ke "arah yang betul", tetapi SPR harus bermula dengan rekod yang bersih dengan menggantikan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto atas).

Tiada ulasan: