SPECIAL ADS

7 Jun 2013

Suhakam terima laporan kehilangan 50,000 undi dalam PRU 13

KUALA LUMPUR 07 Jun : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesahkan penerimaan laporan kehilangan lebih 50,000 undi pada PRU13. Pengesahan itu berdasarkan laporan seperti aduan seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif, 30 Mei lalu.

“Suhakam ingin mengesahkan penerimaan aduan yang tersebut,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suhakam.

Kenyataan itu dikeluarkan  Ketua Penolong Setiausaha Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan Suhakam yang turut dipanjangkan kepada pengadu.

Suhakam berkata, perkara yang dibangkitkan akan diambil perhatian yang sewajarnya.

Tiada ulasan: