SPECIAL ADS

5 Jun 2013

Utusan Malaysia ada agenda DAP dibatalkan pendaftarannya

Kuala Lumpur 05 Jun : DAP menuduh akhbar harian milik Umno - Utusan Malaysia - menyiarkan "pembohongan" dalam  laporan muka depannya untuk membawa "agenda" pemiliknya supaya pendaftaran parti pembangkang itu dibatalkan.

NONELaporan itu memetik seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, pemilihan itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang 
menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, laporan tersebut tidak mempunyai merit.

Katanya, ini kerana pemilihan peringkat cawangan adalah urusan tahunan parti itu dan tahun ini ia telah ditangguhkan dari April/Mei kepada Jun kerana pilihan raya umum ke-13.

NONE"Utusan Malaysia nak tipu sampai bila? Jelas ia nak beri tanggapan buruk dan negatif dengan motif akhirnya untuk memberi justifikasi 
ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk membatalkan pendaftaran DAP," kata Loke (kiri dalam foto).

Tegasnya, walaupun jika ROS akhirnya mendapati DAP perlu mengadakan pemilihan CEC, senarai senarai perwakilan asal dari Disember lepas akan digunakan.

Oleh itu, hujahnya, tidak timbul persoalan pemilihan peringkat cawangan diadakan untuk menggagalkan sebarang pemilihan CEC.

Selain itu, katanya, ROS juga belum menemui sebarang kesalahan DAP.

Tiada ulasan: