Pengerusinya Amran Jan berkata, ini penyerahan kedua selepas 200 permit diberi kepada pemandu teksi terpilih di Putrajaya pada 23 Mac lepas tetapi "sehingga kini ‘bayang' teksi Exora pun tak nampak berada di atas jalan raya".
"Bila agaknya?" soal Amran lagi.
Dalam kenyataannya hari ini, Amran membangkitkan persoalan sekitar pemberian permit individu itu, termasuk syarikat yang terlibat - sama ada konsortium teksi atau SPAD Sdn Bhd - dan berhubung perjanjian sewa beli, tempoh dan jumlah bayaran bulanan.
"Dengan harga RM64,000 sebuah (teksi) dan berenjin CAMPRO ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya?
"Sedangkan kereta Saga BLM yang berharga RM36,000 pun ramai pemandu yang gagal di tengah jalan sebab tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraannya yang tinggi," katanya sambil menegaskan pendapatan semasa pemandu hanya RM1,500 sebulan.
BBPTB mencadangkan beberapa perkara yang perlu didahulukan sebelum pemberian permit individu, antaranya:
- Selaraskan prasarana/ hentian teksi. Hentikan monopoli kawasan oleh kumpulan pemandu teksi.
- Seragamkan sistem teksi, iaitu semua teksi menggunakan kadar tambang meter dan sistem kupon dimansuhkan.
- Kawal pengeluaran permit kerana sudah ada 81,000 permit teksi dikeluarkan.
- Menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada waktu puncak pagi dan petang.
- Penguatkuasaan ke atas pemandu teksi yang melakukan kesalahan serius seperti tidak menggunakan kadar tambang meter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan