Kuala Lumpur 16 Julai : Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee menyerah diri kepada pasukannnya untuk siasatan ekoran tindakan pasangan berkenaan yang menurutnya membangkitkan kemarahan kelompok masyarakat.
Laporan The Star Online hari ini menyebut, polis akan menjalankan siasatan ke atas pasangan tersebut mengikut Seksyen 298(a) Kanun Keseksaan kerana menghina sesuatu agama.
Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:
"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."
Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan