SPECIAL ADS

22 Julai 2013

Pelantikan Shafee prejudis terhadap saya, kata Anwar

Kuala Lumpur 22 Julai : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam kes rayuan liwat II sebagai prejudis.
"Pelakuannya tidak profesional sejak 1998," kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Beliau dimaklumkan Peguam Negara berdepan masalah melantik pendakwa raya berpengalaman dan berkemahiran tetapi ia bukan alasan untuk melantik Shafee.
Anwar juga menyifatkan pendakwaan tiada alasan kukuh untuk membuat rayuan kes liwat yang sudah diputus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.
"Peguam Negara tidak dakwa ramai orang dalam kes rasuah. Langsung tak rayu kes pembunuhan Altantuya (Shariibuu) tapi memilih untuk buat rayuan kes saya atas telunjuk pemimpin Umno.
"Lagi teruk, lantik seseorang yang terang-terangan ada prejudis terhadap saya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kes liwat II: Anwar bantah pelantikan ShafeePeguam Anwar, Ramkarpal berkata, pihaknya akan membangkit banyak isu termasuk pertuduhan ke atas Anwar semata-mata atas dorongan politik.
"Umno ada kepentingan untuk memastikan Anwar disabitkan kesalahan," katanya yang turut menerima arahan Anwar untuk membantah pelantikan Shafee.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara meneruskan proses rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Tiada ulasan: