SPECIAL ADS

28 Julai 2013

Surat Terbuka Peneroka Kepada Felda

Kami adalah warga peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan yang terdiri seramai 139 Peneroka. Ladang kami seluas 10 ekar setiap seorang  kini ditadbirurus atau dikawalselia oleh Felda Technoplant  Sdn. Bhd (FTSB) semenjak tahun 2006/2007. 

Penyerahan ladang kami adalah berlandaskan kepada perjanjian antara kami dengan Felda menjurus kepada kerja-kerja pengurusan tanam semula sawit. Dimana tempoh tanaman semula selama 3 tahun telah berakhir dan sekarang Felda telah meneruskan pengurusan ladang kami  dibawah agensinya  Felda Technoplant Sdn. Bhd (FTSB).
 
Beberapa kriteria dan sebab musabab kami tidak berpuashati dengan sistem pengurusan ladang yang dikendalikan oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd, antaranya:
  • Felda dan agen pengurusan FTSB telah mengabaikan (memungkiri) terma-terma perjanjian pengurusan tanam semula dan pengendalian pengurusan ladang antara kami dan  Felda sebagaimana termaktub di perenggan (13) yangmana menyebut dalam ringkasannya ‘Penyata pendapatan dan perbelanjaan LADANG tersebut disediakan bagi tiap-tiap suku tahun’ dan hendaklah diserahkan kepada peneroka. Malangnya hingga setakat ini hanya sekali sahaja penyata tersebut diedarkan kepada peneroka dalam tempoh 4 tahun yang lalu selepas tempoh tanaman semula sawit.

  • Video bongkar...Ladang Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan yang telah semaksamun yang telah diserahurus kepada Felda Technoplant Sdn. Bhd untuk kerja-kerja t...
  • LEBIHAN HASIL tidak diberikan kepada peneroka  setiap bulan sebagaimana yang termaktub pada dasar Felda apabila peneroka telah menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd.
Hakikatnya,  jelas Felda dan agensi FTSB juga GAGAL dalam mengendalikan dan menguruskan ladang kami dengan efisien dan efektif. Dimana terbukti:
  • Kejadian BTS Sering Hilang Dari Ladang. Terdapat laporan bahawa banyak hasil sawit HILANG dari kawasan ladang.  Ini sudah pasti menjejaskan pulangan pendapatan maksima kepada peneroka.

  • Liputan Wartawan Bebas dari Encik Zainal Ngiso yang telah membuat tinjauan keatas ladang peneroka Felda Sungai Tengi Selatan yang diserahkan kepada Felda Tec...
  • Penuaian Hasil BTS Dan PEMBAJAAN Tidak Teratur.  Membawa maksud kerja-kerja tuaian BTS dan pembajaan tidak sampai ke lorong bahagian belakang. Disamping itu, buah lerai sawit tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya dan dibiarkan berselarak dibawah pokok sawit.
  • Penyelenggaran Ladang. Kerja-kerja merumput tidak dijalankan dengan sempurna, dimana terdapat lot-lot tertentu dibiarkan semak samun dan dipenuhi dengan lalang dan anak kayu.
  • Pokok Sawit Mati Tidak Disulam. Beberapa lot ladang tidak disulam dengan anak pokok sawit yang telah mati. Dibiarkan semak dan ditumbuhi anak kayu.

  • Laporan dari Wartawan Bebas En. Zainal bertajuk "Ronggeng Technoplant (Felda) - Part IIII" memaparkan tinjauan ladang peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan,...
  • Pemantauan Ladang. Penyelia dan pekerja kebun yang dilantik oleh FTSB tidak melaksana tugas mengendalikan ladang dengan terancang dan berkesan, terutama dalam aspek pemantauan hasil sawit yang dikeluarkan dari ladang dan penyelenggarannya. Terdapat banyak KETIRISAN berlaku disana-sini.
  • Pekerja Ladang. FTSB juga gagal mendapatkan pekerja ladang yang mencukupi. Dimana terdapat blok-blok kebun tidak di urusselia dengan sebaik mungkin kerana masaalah kekurangan pekerja.
  • Jalan Pertanian Rosak. Tidak diselenggara dengan sebaik mungkin. Terdapat lubang-lubang dan lopak disana-sini serta becak bila musim hujan.
Meneliti kepada kos kehidupan yang tinggi masa kini dan terus meningkat saban tahun, ternyata pendapatan yang didahulukan oleh Felda adalah tidak mencukupi. Lebih tepat bahawa pendapatan yang diberikan oleh Felda RM1,500 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan. Ternyata tidak mencukupi setelah ditolak beberapa potongan seperti bayaran pinjaman rumah & SIUF, bayaran tabung JKKR, kawalan kampong, Kedai PNF, tabung blok, tabung masjid dan pelbagai lagi bayaran semasa.

Hakikatnya, peneroka Felda Sungai Tengi Selatan memang mengharapkan bayaran LEBIHAN HASIL bagi menampung kos-kos kehidupan yang meningkat ketika ini dan bilamana Felda tidak mengambil berat mengenai kedudukan ekonomi peneroka Felda Sungai Tengi Selatan akan mengundang peneroka  terpaksa bekerja diluar rancangan untuk menampung lompong-lompong kehidupan.

Justeru, kami memohon pihak atasan Felda dapat menyelami perasaan kami yang selama ini peneroka banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan kami di Felda Sungai Tengi Selatan  yang diibarat 'Kais pagi makan pagi kais petang makan petang'. Diharap pihak atasan dapat memberi perhatian dan tindakan diatas ketidak karuan kami.

Sekian, perhatian dan tindakan tuan adalah diharapkan dan dihargai.

Oleh:

Badan Bertindak Ladang
Felda Sg. Tengi Selatan

Tiada ulasan: