Kuala Lumpur 01 Ogos : Seorang peserta Miss Malaysia World 2013, Sara Amelia Muhamad Bernard cemas apabila melihat kehadiran para wartawan dan jurugambar yang berada di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada petang semalam.
Laporan Utusan Malaysia menyebut, beliau bertindak berlari semula ke kawasan letak kereta apabila melihat kehadiran petugas media berkenaan yang berada di kawasan pejabat tersebut secara kebetulan.
Para pegawai JAWI kemudiannya terpaksa memujuk Sara Amelia untuk memasuki bangunan JAWI yang terletak di kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Petugas JAWI juga mengarahkan petugas media berkenaan, yang membuat liputan satu operasi jabatan tersebut, ke satu bahagian lain di pejabat tersebut demi keselesaan jelitawan itu, lapor Utusan.
Menurut laporan tersebut, Sara Amelia hadir ke jabatan berkenaan untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya dalam pertandingan kontroversi tersebut, yang diputuskan haram oleh Majlis Fatwa.

JAWI pada 23 Julai lalu membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) ekoran kenyataan peserta berkenaan yang didakwamempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.
Selain Sara Amelia, tiga lagi wanita Islam - Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh - menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan