SPECIAL ADS

20 Julai 2013

Abby Abadi ke Kuala Besut dengan suami tersayang

BESUT 20 Julai : Selebriti Abby Abadi mengumunkan bahawa beliau datang berkempen pada PRK Dun Kuala Besut bersama suami tersayang, Farhan dari Kelantan yang merupakan 'orang jamaah'.

Perkara itu dimuatkan dalam laman http://prkkualabesut.pas.org.my malam tadi seperti di bawah.

Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.

Abby yang aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau mesra dengan paggilan Che Long.

Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.

Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.

Tiada ulasan: