KUALA LUMPUR 27 Julai : Perkasa kini, melalui Mirac, bukan saja semakin mendekati halatuju perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh Najib Razak, bahkan Perkasa kini sudah boleh dikenali sebagai Perkasa 1Malaysia.
Ini ekoran semalam tiba-tiba presidennya, Ibrahim Ali mengumumkan penubuhan Mirac yang menandakan arah baru perjuangannya selepas ini.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, walau apa pun penafian Ibrahim mengenai kaitan penubuhan Mirac dengan pertemuannya dengan Najib, kesimpulan ramai ialah "takkan burung tempua tiba-tiba bersarang rendah", dan di sebalik mi yang sedap selalunya ada udang galah atau ketam tersorok di bawahnya.
Itulah, katanya pandangan atau tanggapan ramai mengenai Perkasa dan Ibrahim Ali sekarang ini.
“Luahan kata-kata kecewa, ugutan untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik kononnya dan mengumumkan sikap berkecuali kemudiannya, rupa-rupanya hanyalah "langkah silat pengantin" untuk lebih dekat dan rapat dengan Perdana Menteri,” tulisnya lagi.
Baca lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan