SPECIAL ADS

25 Julai 2013

George Alexander Louis permata hati William-Kate

 William-Kate

LONDON 25 Julai :  UNITED KINGDOM. Duke dan Duchess of Cambrigde semalam mengumumkan nama anak lelaki mereka yang baru dilahirkan kelmarin sebagai George Alexander Louis.

Menurut kenyataan dari kediaman rasmi pasanagn diraja itu di Clarence House, nama itu akan membawa gelaran Royal Highness Prince George of Cambridge.

Pasangan itu kini sedang menikmati detik-detik manis bersendirian untuk menjaga bayi mereka.

Terdahulu, Queen Elizabeth II turut melawat bayi diraja itu buat pertama kalinya di Kensington Palace.

Putera Harry juga dilaporkan turut mengadakan lawatan bagi menyambut anak saudaranya itu.

Rakyat UK dan orang ramai berkumpul di luar Hospital St Mary bagi menyambut dan melihat bayi Putera William dan Kate itu.

Tiada ulasan: