SPECIAL ADS

26 Julai 2013

PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India

Kuala Lumpur 26 Julai : Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini akan dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.

PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

Tiada ulasan: