SPECIAL ADS

19 Julai 2013

Di sebalik hala tuju 16-16 Pas

Husam Musa
BESUT 19 Julai :  Kerajaan Terengganu akan kekal di bawah pemerintahan BN jika Pas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut 24 Julai ini, sekali gus menyaksikan kedudukan seri dalam Dun negeri berkenaan.

Sehubungan itu, BN tidak perlu bimbang atau khuatir akan berlaku kekecohan serta pentadbiran tergantung seperti mana disuarakan pemimpin mereka, sebaliknya ‘kemasukan’ Pas dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu adalah untuk memastikan setiap keputusan utamakan kebajikan rakyat.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Pas Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa, tiada sebab untuk pemimpin BN bimbang dengan pentadbiran mereka kerana parti itu akan kekal memerintah mengikut kedudukan asal, kecuali mereka memilih cara-cara lain yang bertentangan.

“Kerajaan Terengganu (BN) pada pendapat kami masih boleh kekal (sekiranya Pas menang PRK Dun Kuala Besut), tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hati dan kami (Pas) mempunyai peranan konstruktif untuk mencadangkan pengurusan pentadbiran negeri berorientasikan rakyat jelata.

“Jadi, tiada sebab mereka bimbang pentadbiran tergantung kerana pemerintah mereka kekal (BN), tetapi kami (Pas) datang dengan pelan tindakan sebagai penyemak dan pengimbang dalam kerajaan Terengganu,” katanya.

Tiada ulasan: