SPECIAL ADS

22 Julai 2013

Azalina, Shahrizat: Pilih satu atau tolak kedua-dua


KUALA LUMPUR 22 Julai : : Sama ada mengekalkan Shahrizat Jalil atau memilih Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita Umno yang baru, masalah Wanita Umno sebenarnya tidak akan selesai dan tidak juga mampu menjadi cerminan bahawa pergerakan itu menjadi lebih cantik dan menarik.

“Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Justeru, baginya untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita Umno sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu.

Menurutnya, mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita Umno atau pun yang di luar daripadanya.

“Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parliman, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu,” tulisnya lagi.


Tiada ulasan: