Kuala Lumpur 17 Julai : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai tujuan lain supaya negara yang kuat dapat mengawal yang lebih lemah dan boleh dibandingkan dengan penggunaan kekuatan tentera, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia satu lagi cubaan untuk menembusi pasaran negara-negara lemah supaya mereka boleh mengawal segala-galanya," Dr Mahathir memberitahu pemberita selepas ditanya sama ada Malaysia mampu berunding untuk mencapai keputusan yang menguntungkan negara ini.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas acara buka puasa bersama kakitangan DRB-Hicom di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan