SPECIAL ADS

27 Julai 2013

DAP arah peguam kaji saman ROS dan The Star

KUALA LUMPUR 27 Julai : DAP telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang  ke atas Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Abdul Rahman Othman dan akhbar The Star ekoran dakwaan ahli DAP sedang berusaha menubuhkan parti baru.

Ini berikutan kenyataan Abdul Rahman, Pendaftar Pertubuhan  (ROS) tidak akan melayan permohohan ahli DAP untuk mendaftarkan parti baru.

"Ini adalah dakwaan palsu kerana tidak pernah berbangkit isu ini di kalangan pemimpin DAP dalam atau luar dari mesyuarat Jawatankuasa Eksekutuf Pusat (CEC)," kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

DAP, kata Lim, kesal kerana Abdul Rahman membuat kenyataan ini di bulan puasa.

Bagi beliau, ROS telah membenarkan dirinya digunakan oleh Umno selepas Umno gagal mengalahkannya dalam pilihan raya dengan cara membatalkan pendaftaran DAP secara haram.

Bagi Lim, Abdul Rahman membuat keputusan awal sebelum menyelesaikan siasatan ke atas DAP sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang sebelum ini.

Tiada ulasan: