SPECIAL ADS

22 Julai 2013

Kerajaan Negeri Terap Konsep ‘Ownership’ Tingkat Ekonomi Desa


SHAH ALAM 22 JULAI : Strategi pembangunan luar bandar Kerajaan Selangor akan menekankan konsep ‘keempunyaan’ atau “ownership” bagi menjayakan objektif meningkatkan pendapatan penduduk dan membangunkan luar bandar.
Konsep tersebut bermaksud setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam satu projek, program atau dasar harus mempunyai keinginan untuk lihat usaha itu berjaya kerana ia adalah “kepunyaan” individu itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata suatu stategi menyeluruh sedang digubal bagi menterjemahkan konsep tersebut di dalam perancangan pembangunan desa.
Abdul Khalid berkata, kajian perancangan strategi sedang diljalankan meliputi sumber ekonomi, jumlah penduduk, keperluan infrastruktur dan pembiayaan kawasan-kawasan luar bandar.
Katanya, aspek berkenaan perlu diambil kira bagi memastikan kampung-kampung terpilih nanti akan dimajukan mengikut keunikan serta ciri-ciri kelainan kampung berkenaan.
“Bagi melaksanakan konsep pembangunan ini, sistem sokongan yang kukuh melibatkan jaringan keselamatan, pembaharuan khidmat pemproses tanah, khidmat sokongan jabatan berkaitan seperti Jabatan Pertanian dan sokongan pentadbiran dari segi kewangan amat diperlukan,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika memberi ucapan di Majlis Berbuka Puasa Bersama JKK, Pengerak Belai Tempatan dan Penghulu-Penghulu Negeri Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar di sini semalam.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kewujudan pelbagai kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar ternyata masih gagal dilaksanakan.
“Beberapa kementerian diwujudkan khususnya untuk pembangunan luar bandar, namun nampaknya pembangunan luar bandar di sembilan daerah di Selangor ternyata masih jauh dari memuaskan,” katanya lagi.
Abdul Khalid turut melakukan kajian terhadap program pembangunan luar bandar yang gagal dilaksanakan Kerajaan Pusat supaya kesilapan itu tidak diulangi.

Tiada ulasan: