SPECIAL ADS

17 Julai 2013

Kos lawatan luar negara Najib RM44 juta

Kuala Lumpur 17 Julai : Kos lawatan luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta, Parlimen diberitaru hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nilai itu untuk lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada ia mungkin turut melibatkan perbelanjaan pendahulunya sebelum itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nga berkata, beliau percaya semua itu perbelanjaan Najib.

Najib menggantikan Abdullah pada 3 April 2009.

"Mungkin ia termasuk perbelanjaan ketika beliau (Najib) masih timbalan perdana menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Tiada ulasan: