SPECIAL ADS

1 Disember 2013

Najib sedang sulam benang merah untuk Hishammuddin?

01 Dis : Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar Mukhriz Mahathir, anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.

Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi, tulis Shabudin Husin.

Menurutnya, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.

“Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat Umno tidaklah sepenting agenda peribadinya,” tulis beliau di dalam blognya. HD

Tiada ulasan: