Syarikat konsesi pembekalan air Puncak Niaga berkata ia tidak ada halangan pengambilalihan industri air di Selangor dan Kuala Lumpur dan akan memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dalam masa yang terdekat bagi membentangkan cadangan dan tawaran pengambilalihan pengurusan air oleh Putrajaya untuk diluluskan pemegang saham.
Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya tidak ada halangan kepada keputusan kerajaan persekutuan melaksanakan Seksyen 114 Akta Industri Pembekalan Air (WSIA) 2006 demi kepentingan negara.
"Saya ingin menegaskan betapa pentingnya industri air ini dipulihkan dan diberi perhatian sepenuhnya yang memerlukan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan demi maruah negara dan kepentingan harian para pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rozali telah memberitahu lebih 4,500 kakitangan syarikat meneruskan perkhidmatan harian walaupun berlaku pindahmilik dalam proses penstrukturanBeliau mengulas pengumuman Putrajaya yang bersetuju mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukkan akta tersebut ke atas syarikat konsesi termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB).
semula industri air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ini ditambah ddengan krisis bekalan air yang memerlukan banyak pengorbanan kakitangan, katanya.
Tetapi Rozali berharap kerajaan pusat dan Selangor akan mengambil kira pelaburan beratus juta ringgit oleh pemegang saham majoriti dan minoriti di dalam Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), iaitu pemegang saham utama dalam PNSB dan Syabas.
"Saya percaya pemegang-pemegang saham majoriti dan minoriti PNHB akan meletakkan kepentingan para pengguna air domestik dan komersial di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kepentingan Negara melebihi kepentingan komersial," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebelum ini mendesak kerajaan supaya menggunakan WSIA bagi mengambil alih tiga lagi syarikat konsesi air – Syabas, Puncak Niaga dan Splash – selepas tawaran kerajaan negeri ditolak.
Februari lalu, Selangor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat, dan membenarkan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, menawarkan RM9.65 bilion kepada pemegang saham syarikat tersebut. TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan