SPECIAL ADS

13 Oktober 2014

10,000 petisyen anti-Akta Hasutan pada 11 Nov

Kumpulan penentang Akta Hasutan 1948 mengajak orang ramai menyertai mereka untuk menyokong penyerahan “petisyen rakyat” yang julung-julung kali dibuat itu.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berkata, petisyen itu bertujuan menuntut parlimen menyemak semula salah laku akta itu dan pelanggaran hak asasi manusia serta pemansuhannya.

“Kami gesa orang ramai ke parlimen untuk sokong penyerahan petisyen rakyat,” kata jurucakap GHAH Yap Swee Seng (kanan) daripada NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam sidang media hari ini.

Petisyen itu akan menjadi dokumen rasmi difailkan bawah Arahan Tetap 19 Dewan Rakyat yang mana pempetisyen akan melalui anggota parlimen.

GHAH berharap dapat mengumpulkan 10,000 petisyen dan menyerahkannya ke parlimen pada 11 November.

“Pempetisyen mempunyai hak memasuki parlimen untuk mendengar petisyen itu dibacakan,” kata Yap. MK
 

Tiada ulasan: