SPECIAL ADS

10 Oktober 2014

Peruntukan Bajet 2015 RM273.9 Bilion

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet keenamnya di Dewan Rakyat hari ini.
Najib yang juga menteri kewangan, menulis di dalam blognya NajibRazak.com pada Khamis, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat” dan akan mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat.

“Bajet 2015 akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kualiti hidup dan membina lebih banyak rumah mampu milik," tulis beliau.
Najib juga menulis yang pemberian tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disambung sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi Putrajaya bertujuan untuk mempunyai satu program subsidi yang disasarkan.
Najib tiba di Bangunan Parlimen pada jam 3.48 petang untuk membentangkan Bajet 2015.
The Malaysian Insider akan menyiarkan intipati penting dalam ucapan bajet Najib. Ikuti laporan langsung di sini:
* Najib mulakan ucapan jam 4.00 petang di Dewan Rakyat.
Sejumlah RM273.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2015, dengan agihan terbesar sebanyak RM116.4 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan lebih 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.
* Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6%, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3%.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST. 
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Skop barang yang tidak dikenakan GST diperluaskan termasuk buah-buahan, roti putih dan ubat-ubatan penting nasional.
* Kadar penggunaan elektrik tidak dikenakan GST dinaikkan kepada 300 unit pertama, memanfaatkan 70% isi rumah.
* Penjualan runcit petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan.
* Kerajaan akan keluarkan "shoppers' guide" untuk membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
* Pengurangan beban cukai dengan penurunan cukai pendapatan individu pada kadar 1 hingga 3%.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrastruktur 2015: Membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuhraya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* Kerajaan beri rebat 10% untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan sehingga 31 Disember, 2015 dan 20% diskaun untuk mereka yang membuat penyelesaian secara sekali gus sehingga 31 Mac, 2015.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM660 juta diperuntuk untuk perkukuh keselamatan di Esszone dan Ezzcom.
* Tambahan 2 KR1M di Sabah dan 3 di Sarawak.
* RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Subsidi padi bukit berjumlah RM70 juta untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak.
* Khidmat perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hosiptal Wanita dan Kanak-kanak di Likas Sabah.
* Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan Lubok Antu, Sarawak serta naik taraf kemudahan di Hospital Tawau.
* Memperluaskan program "carve-out and compete" secara meritokrasi meliputi projek kerajaan dan penswastaan.
* Program pre-eksport untuk Teras bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan antarabangsa dan market survey Bumiputera.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* Tekun sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
* Skim Perumahan Belia akan diperkenal di bawah Bajet 2015 untuk membantu belia memiliki rumah.
* Pelepasan cukai dinaikkan sehingga RM6,000 untuk pembelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.
* Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dinaikkan tahun depan daripada RM8,000 kepada RM10,000, manakala RM1.3 bilion diperuntuk untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA.
* RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24%, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19%.
* Pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250.
* Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada Januari 2015.
* Insurans takaful berkelompok i-BR1M akan digantikan dengan Skim Khairat kematian, iaitu bantuan RM1,000.
* Bagi individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 sebulan ke bawah, BR1M ditingkatkan kepada RM350.
* Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan, BR1M ditingkatkan ke RM950 dan diberi melalui 3 bayaran setahun.
* Penambahbaikan lagi 252 skim perkhidmatan awam sedia ada untuk tingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
* Peruntukan RM17.7 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, RM9.1 bilion untuk PDRM dan RM804 juta untuk APMM.
* RM112 juta untuk wujudkan zon kawalan kebocoran, pengesanan dan pembaikan paip bocor menangani "Non Revenue Water.
* Pengecualian duti setem 50% ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.
* Menyediakan "National Water Blueprint" untuk pastikan kelangsungan bekalan air jangka panjang negara.
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu 7 sekolah rendah, 3 sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vokasional dan Teknik.
* RM800 juta diperuntukkan untuk aspek keselamatan, persekitaran pembelajaran dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan.
* Kos bil elektrik dan air semua sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan dibayar sepenuhnya dengan siling RM5,000 sebulan berbanding kuota RM2,000 sebelum ini.
* RM3 bilion diperuntukkan untuk tajaan pelajaran - RM1.9 bilion melalui tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan (RM759 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM258 juta).
* Sehingga kini, seramai 2.1 juta rakyat Malaysia mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM47.8 bilion, bagaimanapun, setakat 31 Ogos 2014, hanya RM5.36 bilion atau 46% daripada RM11.76 bilion pinjaman dikutip.
* Setakat 2010, seramai 174,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah membayar balik pinjaman, kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada mereka.
* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.
* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.
* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.
* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.
* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.
* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.
* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.
* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .
* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.
* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.
* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.
* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.
* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.
* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. TMI

Tiada ulasan: